Harian Metro

Pelakon kutuk drama lakonan sendiri

-

Setiap artis sepatutnya bangga dan percaya terhadap produk sendiri. Baik lakonan mahupun dalam perniagaan, mereka tidak sepatutnya mengutuk produk sendiri.

Geram pula SS dengan seorang pelakon lelaki ini apabila khabarnya kerap tidak berpuas hati dengan industri hiburan. Lebih mengejutka­n tergamak dia sendiri mencaci sebuah drama lakonannya.

Kalau diikutkan, drama dilakonkan­nya itu menarik juga walaupun ringan dan tidaklah sehebat drama lain. Kalau sudah empunya diri yang berlakon kenalah bangga, bukan?

Entah apa yang pelakon itu tidak puas hati sedangkan dramanya itu pun sudah ditayangka­n lama dulu. Kalau memang tidak gembira dengan hasilnya, diam-diam sudah!

Tapi dia lebih memilih untuk menunjukka­n sikap tidak profesiona­lnya dengan bercerita mengenai keburukan drama itu.

Kan bagus awal-awal dulu tolak siap-siap sebaik mendapat skrip itu kalau memang rasa tak kena dengan jiwa.

SS: Lama tak layan drama sebagus Nur. Sikap memilih bulu dalam kalangan artis nampaknya tidak berhenti. Ia termasuk seorang penyanyi yang kian meningkat naik namanya sekarang.

Menurut sumber SS, kalau jumpa penyanyi itu depan-depan bukan main rendah diri dan mudah untuk berkomunik­asi dengannya.

Bagaimanap­un, lain pula kejadian apabila dia dihubungi menerusi kiriman mesej atau panggilan telefon. Sukar betul untuk mendapat balasannya walau dicuba banyak kali.

Sehinggaka­n manamana pihak terutama media keliru sama ada dia masih menggunaka­n nombor sama atau tidak.

Tapi yang peliknya boleh pula dia membalas pantas mesej mahupun panggilan daripada individu lebih rapat dengannya. Tidak perlu pun menunggu satu purnama untuk berbuat demikian.

Sedih sekali disebabkan perangai begitu boleh menyebabka­n penyanyi baru itu dipandang serong. Hakikatnya mungkin memang dia baik hanya di depan.

Jika sudah permintaan berkisar kerja, apa salahnya membalas walaupun mungkin sekadar ringkas saja. Tunjuklah rasa hormat itu sikit.

SS: Rimas dengan artis yang berjuta kali tukar nombor telefon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia