Harian Metro

Pelihara sumber hasil lautan

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Kempen didik masyarakat mengenai pencemaran laut

Kesedaran Kelestaria­n Makanan Laut dipilih sebagai tema program Kempen Kesedaran Kelestaria­n Makanan

Laut sempena sambutan World Ocean Week (WOW) 2018 peringkat Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kira-kira 400 mahasiswa UMT dan 50 mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selain pelajar sekolah menengah terbabit dengan aktiviti bermanfaat ini.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan pelbagai teknologi dan inovasi yang dihasilkan, ternyata realitinya masyarakat masih bergelut dengan masalah pencemaran laut seperti dilaporkan media massa.

Bagi terus memupuk dan menerapkan kesedaran dalam masyarakat, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim (PPPPM) UMT dengan kerjasama Institut Oseanograf­i dan Sekitaran (INOS) UMT dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia menganjurk­an kempen berkenaan.

Pengarah program, Dr Wan Norhayati Mohamed berkata, penganjura­n program ini sempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang jatuh pada 8 Jun setiap tahun (hari ini).

Di samping itu, ia juga dalam usaha mendidik masyarakat dengan memberikan pendedahan berkenaan sumber hasil lautan terdiri daripada pelbagai spesies mungkin lenyap sekiranya tiada kawalan dibuat ke atas permintaan dan tangkapan yang berlebihan.

“Ada juga mereka yang tidak mematuhi standard tangkapan ditetapkan Jabatan Perikanan (DOF) dan agensi penguatkua­saan yang terbabit.

“Program ini juga sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UMT dan WWF untuk memberi kesedaran mengenai isu kelestaria­n dan kemampanan makanan laut.

“Ia juga mewujudkan kolaborasi berterusan antara UMT, sekolah dan agensi WWF dalam memberi kesedaran berkenan kelestaria­n makanan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Kempen Kesedaran Kelestaria­n Makanan

Laut di UMT, Kuala Nerus, Terengganu, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan

Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMT Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar.

Hadir sama, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim UMT Prof Dr Mohd Shaladdin Muda.

Menurutnya, sedikit kelainan yang dilakukan pada tahun ini apabila bukan saja ceramah kesedaran sematamata, sebaliknya pelbagai aktiviti seperti pertanding­an poster, pameran kesedaran WWF dan Sea Turtle Research Unit (SEATRU) UMT turut diadakan.

“Begitu juga dengan Kuiz Kesedaran, kajian soal selidik bagi menganalis­is keberkesan­an program dan cabutan bertuah pula untuk pengunjung serta pelbagai aktiviti dalam kumpulan yang membabitka­n pelajar sekolah.

“Penganjura­n ini sebagai platform ‘pemindahan’ ilmu UMT kepada komuniti setempat dalam usaha memberi pendedahan dan panduan berkenaan penggunaan makanan laut secara lestari. Pada masa sama turut menjaga khazanah laut yang bernilai tinggi,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang hadir.
SEBAHAGIAN peserta yang hadir.
 ??  ?? DR Mohd Shaladdin (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Mazlan.
DR Mohd Shaladdin (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Mazlan.
 ??  ?? MELAWAT pameran.
MELAWAT pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia