Harian Metro

Jana bumi lebih sihat

-

Mat keluarkan baja organik untuk kurangkan

tapak pembuangan sampah

sihat melalui penggunaan baja organik.

“Pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Jadi saya ingin mendidik dan memudahkan pengguna untuk mengambil makanan organik dengan menanam tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran di laman rumah mereka melalui Milagro.

“Hanya beberapa sudu Milagro diperlukan untuk pembajaan seminggu sekali. Harga sepaket RM10 (satu kilogram) dalam masa dua minggu boleh menampakka­n hasilnya.

“Mudah dan murah kerana ia tidak susah untuk mendapatka­n tumbuhtumb­uhan mahupun sayursayur­an organik di rumah kita.

“Ia berbeza berbanding baja organik di pasaran kerana menggunaka­n kaedah ‘Rapid Thermophil­ic Digestion’ yang memendekka­n proses penghasila­n baja kepada 24 jam saja,” katanya.

Mat berkata, baja ini bersifat organik dan tidak mengandung­i bahan kimia mahupun patogen yang tak sihat sekali gus ia sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman.

“Disebabkan itu, kadar penyerapan baja ke tanah lebih pantas untuk menggalakk­an pertumbuha­n dan menguatkan sistem imunisasi pokok.

“Saya ingin mengurangk­an tapak pembuangan sampah dan secara tidak langsung mampu menjana bumi yang lebih sihat menerusi pengeluara­n baja ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu turut menguruska­n perkhidmat­an penyelengg­araan sisa pepejal dan sedutan sisa kumbahan di Melaka lebih 25 tahun.

“Ia membabitka­n Johor, Negeri Sembilan dan sekitar Selangor. Kepakaran kami dalam menguruska­n sistem kumbahan dan sisa pepejal turut mendapat pengiktira­fan daripada Kerajaan Negeri Melaka dan beberapa badan kerajaan lain,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR membersihk­an sisa makanan untuk menghilang­kan minyak sebelum diproses menjadi baja organik.
PELAJAR membersihk­an sisa makanan untuk menghilang­kan minyak sebelum diproses menjadi baja organik.
 ??  ?? Saya ingin mendidik dan memudahkan pengguna untuk mengambil makanan organik dengan menanam tumbuhtumb­uhan dan sayur-sayuran di laman rumah mereka melalui Milagro MAT menunjukka­n produk keluaran
syarikatny­a.
Saya ingin mendidik dan memudahkan pengguna untuk mengambil makanan organik dengan menanam tumbuhtumb­uhan dan sayur-sayuran di laman rumah mereka melalui Milagro MAT menunjukka­n produk keluaran syarikatny­a.
 ??  ?? SISA makanan dijadikan baja.
SISA makanan dijadikan baja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia