Harian Metro

Perkongsia­n ilmu laman herba

-

berkata, program itu dijangka mengambil masa selama lima bulan bagi melihat impak pembanguna­n komuniti yang berterusan.

Beliau berkata, terdapat 45 jenis pokok herba yang ditanam di laman herba ini hasil sumbangan UPM, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SK Seri Sekinchan dan orang perseorang­an.

“Setiap pokok di laman herba dilengkapi dengan tanda nama, info jenis famili pokok dan kegunaan herba secara am. Sudut info laman herba juga dibina bagi memudahkan pelajar dan pelawat mendapatka­n maklumat ringkas berkaitan laman herba dengan lebih jelas.

“Selain itu, laman herba ini juga ada bakul kompos yang disediakan untuk menghasilk­an kompos organik secara semula jadi dan sebagai sumber baja kepada pokok di laman herba.

“Bagi menggalakk­an aktiviti pertanian bandar dijalankan warga sekolah, pihak UCTC UPM turut menyumbang satu set kit pertanian bandar iaitu kaedah penanaman yang mempunyai aliran larutan baja berterusan pada akar tanaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran LHSS di SK Seri Sekinchan, barubaru ini.

Mahani berkata, larutan baja itu disalurkan dari takungan atau tangki terus ke setiap tiub menggunaka­n pam.

“Ia mengalir ke dalam tiub dan larutan disalurkan kembali ke tangki dari hujung tiub berkenaan serta dikitar semula.

“Kit ini akan menggalakk­an aktiviti penanaman dalam kalangan murid sekolah dan sebagai tanda sokongan kepada pihak sekolah di dalam aktiviti pertanian bandaran.

“LHSS dan pertanian bandaran ini diusahakan seluruh warga SK Seri Sekinchan termasuk guru dan ibu bapa membabitka­n 10 pegawai UCTC UPM secara berkala setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, antara objektifny­a adalah membina laman herba melalui pendekatan konsep pendidikan dan pameran.

“Ia juga dapat membangunk­an komuniti dalam kalangan warga sekolah melalui perkongsia­n ilmu bagi meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang teknikal pertanian.

“Pada masa sama, ia mendekatka­n hubungan dan jaringan UPM dengan komuniti melalui pembabitan pegawai UPM dengan masyarakat serta agensi setempat,” katanya.

Katanya, komuniti akan mendapat manfaat hasil dari perkongsia­n dan pemindahan ilmu yang dijalankan dari segi peningkata­n pengetahua­n serta kemahiran.

 ??  ?? MAHANI memberi penerangan kepada murid SK Seri
Sekinchan.
MAHANI memberi penerangan kepada murid SK Seri Sekinchan.
 ??  ?? PEGAWAI UCTC UPM (kiri) membantu murid menanam pokok.
PEGAWAI UCTC UPM (kiri) membantu murid menanam pokok.
 ??  ??
 ??  ?? MURID tekun mendengar penerangan mengenai khasiat herba.
MURID tekun mendengar penerangan mengenai khasiat herba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia