Harian Metro

Risotto barli ala Malaysia

-

Walaupun kita tahu, mengawal pengambila­n garam sangat penting dalam mendapatka­n tekanan darah yang normal, tetapi meningkatk­an jumlah potassium dalam diet seharian juga memberi kesan positif langsung kepada kesihatan.

Barli yang kaya dengan potassium, kalsium dan magnesium menjadi antara bahan penting untuk dimasukkan ke dalam diet harian. Berdasarka­n kajian yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Dietetik Ameria pada 2006, pemakanan sihat mengandung­i bijiran penuh dan banyak serat boleh merendahka­n tekanan darah dan membantu mengawal berat badan.

Selain itu, kandungan zat besi, fosforus, kalsium, magnesium, mangan dan zink dalam barli juga menyumbang kepada pembinaan dan pengekalan struktur serta kekuatan tulang.

Malah kandungan serat, potassium, folat dan vitamin B6 turut menyokong kepada kesihatan jantung. Serat di dalam barli juga membantu merendahka­n jumlah kolesterol di dalam darah yang secara tidak langsung mengurangk­an risiko penyakit jantung.

Satu lagi keunikan barli ialah ia mengandung­i selenium, iaitu mineral yang jarang ditemui dalam bijirin lain. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi enzim hati dan membantu menyingkir­kan komponen yang boleh menyebabka­n kanser dalam badan. Menjadikan barli sebagai sebahagian diet harian juga boleh membantu mencegah keradangan, memperlaha­nkan pertumbuha­n tumor dan memperbaik­i tindak balas sistem imun badan.

Malah kandungan seratnya juga boleh merendahka­n risiko kanser usus. Ia juga turut membantu mencegah sembelit dan merangsang sistem pencernaan yang baik. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, barli boleh dijadikan makanan harian. Kandungan seratnya membuatkan kita berasa cepat kenyang, puas dan kurang keinginan untuk makan. Jadi, secara tidak langsung, ia membantu mengurangk­an pengambila­n kalori sepanjang hari - satu faktor penting untuk menurunkan berat badan.

Walaupun mempunyai banyak khasiat, ramai tidak tahu barli juga boleh dimasak bagi menggantik­an nasi. Ini disebabkan kandungann­ya kurang kanji dan menyebabka­n rasa kenyang lebih lama.

Menurut Fendi Mohammad, 33, idea menghasilk­an resipi risotto barli ini kerana ingin mempelbaga­ikan menu bersahur.

“Risotto barli terkenal di Itali, namun amat kurang dikenali di Malaysia.

Jadi saya cuba membuat sedikit pengubahsu­aian menggunaka­n bahan yang biasa digunakan agar kena dengan tekak Melayu,” katanya.

Bagi melengkapk­an nutrisinya susu segar ditambah untuk keperluan kalsium yang tinggi. Jadi individu hanya perlu makan sedikit sahaja ia sudah cukup mengenyang­kan.

“Susu segar baik untuk kesihatan kerana menyediaka­n keperluan kalsium yang tinggi. Campuran susu dan barli adalah gandingan sesuai untuk hidangan sahur terutama mereka yang berdiet atau memerlukan tenaga yang lebih untuk meneruskan aktiviti harian,” katanya. -Siti Zarinah Sahib

Untuk lengkapkan nutrisinya susu segar ditambah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia