Harian Metro

Dahulukan kasih sayang

-

Pakar keluarga dan kasih sayang, Dr Rozieta Shaary berkata, Aidilfitri adalah kesempatan terbaik untuk seluruh ahli keluarga berkumpul dan bermaafmaa­fan, khususnya mereka yang pernah terguris atau melukai satu sama.

“Masyarakat kita selalu meletakkan hari tertentu untuk meraikan perkara baik termasuk bermaafan. Walhal kita mempunyai banyak masa untuk memaafkan, bermesra, mengukuhka­n ukhuwah, sekali gus memelihara hubungan kekeluarga­an.

“Bayangkan, selepas sebulan mendidik jiwa, mental dan emosi sepanjang berpuasa, Allah SWT berikan ruang untuk kita meraikan kemenangan. Bagaimana agaknya hari mulia ini diterjemah­kan anak yang menyimpan rasa kecil hati dengan ibu bapa, adik-beradik dan pasangan tercinta?

“Dapatkah mereka melawan nafsu dendam dan mendahuluk­an kasih sayang ibu bapa serta keluarga berbanding mencongak kesilapan lama? Begitu juga halnya dengan ibu bapa. Adakah mereka mampu mensyukuri nikmat memiliki zuriat dan mengetepik­an rasa kecewa dan marah pada anak? Isteri atau suami pula, adalah mereka dapat berlapang dada, menghargai pengorbana­n pasangan masing-masing?

“Sama ada kita suka atau tidak, Aidilfitri inilah waktu sesuai untuk kita kembali mengukuhka­n pertalian keluarga, membina hubungan mesra serta bermaafmaa­fan. Ini mungkin realiti yang sukar diterima sesetengah orang, namun lebaran tidak pernah gagal membuka ruang untuk kita membina persaudara­an,” katanya.

Mengambil contoh masyarakat hari ini, Dr Rozieta berkata, sengketa panjang lazimnya berlaku rentetan perbalahan besar atau perkelahia­n mengenai perkara berat.

“Jadi, apabila tibanya hari raya, eloklah kita bertanya semula kepada diri, sama ada mahu terus berantakan

Ketepi sebarang rasa dendam,

Aidilfitri ruang bina persaudara­an Bagi adik-beradik, tidak ada syarat yang menyebut siapa dulu yang patut mula (memohon maaf). Rebutlah peluang untuk sentiasa menjadi orang yang pertama membetulka­n keadaan

 ??  ?? SAMBUTAN 1 Syawal pastinya meriah jika semua dapat berkumpul bersama.
SAMBUTAN 1 Syawal pastinya meriah jika semua dapat berkumpul bersama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia