Harian Metro

Selesai 30 kes kesalahan perdaganga­n

-

Bintulu: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Bintulu menyelesai­kan 30 kes kesalahan perihal dagangan dan konsumer sepanjang lima bulan lalu.

Ketua Penguat kuasa KPDNKK Bintulu, Salihin Den berkata, sejumlah 24 kes dikenakan kompaun manakala selebihnya dalam proses tindakan undangunda­ng.

Menurutnya, semua kes disiasat dan didakwa mengikut Akta Timbang Dan Sukat 1972, Akta Kawalan Harga dan AntiPencat­utan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Ini bagi memastikan peniaga, terutama barangan harga terkawal tidak membuat catuan bekalan serta menjual dengan harga tinggi.

“Ini bagi mengelak berlakunya pembelian panik dalam kalangan pengguna, terutama menjelang musim perayaan,” katanya selepas mengetuai operasi Op Catut 4.0 KPDNKK Bintulu di sini, kelmarin.

Operasi itu bagi memastikan pematuhan terhadap penetapan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula 1 Jun lalu.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, hasil pemeriksaa­n dan pemantauan dibuat, ratarata premis diperiksa akur pada arahan itu.

“Bagaimanap­un terdapat empat premis tidak mematuhi pelaksanaa­n sifar GST ini yang mana surat amaran dikeluarka­n kepada premis terbabit,” katanya.

Katanya, semakan pada resit jualan juga mendapati peniaga sekitar Bintulu patuh dengan arahan berkenaan.

Pihaknya turut melakukan perbanding­an harga 30 barangan secara rawak yang dikumpulka­n harganya sebelum dan selepas 1 Jun lalu.

Salihin turut menyeru orang ramai melaporkan kepada KPDNKK Sarawak, sekiranya terdapat peniaga masih mengenakan GST melalui e-aduan.kpdnkk. gov.my atau talian 086332176/086-339031.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNKK Bintulu menjalanka­n pemeriksaa­n di salah sebuah premis niaga.
PEGAWAI KPDNKK Bintulu menjalanka­n pemeriksaa­n di salah sebuah premis niaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia