Harian Metro

Hanya 4 kilometer berturap

- Erika George cnews@nstp.com.my

 Penduduk 19 rumah panjang harap jalan raya 37 kilometer disiapkan segera

Penduduk 19 rumah panjang di Binyo, Seleju dan Genaan di sini, terus berharap agar pembinaan jalan raya sepanjang 37 kilometer menghubung­kan kawasan itu dengan Bintulu dapat disiapkan segera.

Peruntukan berjumlah RM20 juta diluluskan kerajaan negeri pada 2013 bagi membiayai projek berkenaan, namun hanya empat kilometer saja yang sudah berturap manakala selebihnya masih jalan tanah.

Penduduk kecewa kerana projek berkenaan masih belum disiapkan sehingga menjejaska­n kehidupan harian mereka yang terpaksa berulang-alik antara Pekan Sebauh dan Bintulu.

Pengerusi Ahli Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan Binyo, Seleju dan Genaan, Francis Jalak berkata, penduduk berdepan kesukaran, khususnya ketika musim hujan kerana laluan itu becak dan licin.

“Ini diburukkan lagi apabila laluan berselut selepas hujan, malah sering berlaku kejadian kenderaan ‘berkubur’ atau tersangkut di dalam lumpur,” katanya. Menurutnya, kebanyakan penduduk hanya memiliki kenderaan biasa termasuk motosikal, bukannya pacuan empat roda (4WD) yang membolehka­n mereka meredah laluan berkenaan.

Malah katanya, ada penduduk terpaksa menggunaka­n perahu untuk pulang ke kawasan itu yang mengambil masa antara empat hingga lima jam.

Justeru beliau berharap kerajaan negeri mempercepa­tkan proses pembaikan dan menaik taraf jalan berkenaan bagi kemudahan yang sempurna kepada penduduk.

Selain itu katanya, penduduk juga memerlukan bekalan air bersih yang dikenal pasti antara keperluan mendesak ketika ini.

“Ini disebabkan faktor sumber air bersih semula jadi dari bukit atau hulu sungai sudah tercemar akibat pembalakan serta kawasan perladanga­n berskala besar yang sedang dilaksanak­an di kawasan berkenaan pada masa sekarang.

“Rata-rata penduduk ketika ini menggunaka­n air hujan atau sungai berdekatan sama ada untuk mandi atau mendapatka­n bekalan minuman, yang belum dijamin selamat digunakan ekoran penerokaan hutan secara besar-besaran di kawasan itu,” katanya.

Katanya, isu bekalan elektrik juga dibangkitk­an kerana rata-rata penduduk masih menggunaka­n set janakuasa yang membabitka­n perbelanja­an tinggi.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK terpaksa menunggu air surut kerana jalan yang ditenggela­mi air akibat banjir.
PENDUDUK terpaksa menunggu air surut kerana jalan yang ditenggela­mi air akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia