Harian Metro

RM500,000 bayar hutang

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Peruntukan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) bagi tahun ini hampir habis walaupun sambutanny­a belum dilaksanak­an.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong berkata, ini kerana wang peruntukan bagi sambutan tahunan anjuran Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu digunakan untuk membayar hutang penganjura­n sambutan tahun lalu oleh kerajaan terdahulu.

Beliau mendedahka­n peruntukan bagi tahun ini hanya berbaki RM200,000 selepas RM500,000 digunakan untuk membayar hutang.

“Saya dimaklumka­n, kementeria­n menerima peruntukan RM700,000 setiap tahun bagi penganjura­n HPPNS tetapi bagi tahun ini jumlahnya hanya tinggal RM200,000 kerana bakinya digunakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an amanat pertamanya sebagai menteri kepada warga kementeria­n itu di sini, semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Dr Daud Yusuf dan Timbalan Setiausaha Tetap kementeria­n K Zulkifli Harrith.

Wong berkata, beliau mendapati kos penganjura­n HPPNS sebelum ini amat besar hingga melebihi peruntukan disediakan.

“Hampir setiap tahun jumlah peruntukan HPPNS tidak pernah mencukupi untuk menampung perbelanja­an hinggakan baki hutang belum dijelaskan dibawa ke tahun berikutnya. “Hutang itu kemudian dibayar menggunaka­n peruntukan HPPNS pada tahun semasa. Amalan ini perlu dihentikan segera kerana ia menjejaska­n kedudukan kewangan kementeria­n,” katanya yang turut memaklumka­n, sambutan HPPNS tahun ini diadakan di Tawau.

Beliau berkata, ketidakcek­apan pengurusan yang gagal mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kantin di bangunan kementeria­n menyebabka­n bayaran sewa tertunggak selama beberapa tahun hingga mencecah RM188,000.

Berikutan itu, beliau mengarahka­n pengusaha kantin berkenaan untuk menjelaska­n hutang sebelum 15 Jun ini dan jika gagal perkhidmat­annya akan dihentikan serta-merta.

 Peruntukan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah hanya berbaki RM200,000

 ??  ?? WONG (kiri) meluangkan masa bersama warga kementeria­n selepas Majlis Amanat, di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah di Kota Kinabalu.
WONG (kiri) meluangkan masa bersama warga kementeria­n selepas Majlis Amanat, di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia