Harian Metro

Sambutan menggalakk­an

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

 Lebih 500 peserta hadir program World #QuranHour

World #QuranHour yang dianjurkan buat kali ketiga di Sarawak tahun ini mendapat sambutan menggalakk­an apabila lebih 500 peserta hadir pada program di ruang legar Mydin Mall Vista Tunku di sini, semalam.

Pengerusi Pengelola program, Alina Abdul Razak berkata, sambutan yang menggalakk­an itu ternyata diluar jangkaan penganjur membuktika­n program berkenaan dekat di hati masyarakat.

Menurutnya, dalam program peringkat Sarawak tahun ini, pelbagai pengisian rohaniah dilaksanak­an antaranya qasidah, alunan ayat suci al-Quran dan tazkirah.

“Al-Quran perlu dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian umat Islam dan program ini berjaya mengumpulk­an kita untuk bersama mengalunka­n ayat suci.

“Saya juga menyeru umat Islam agar mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk membaca al-Quran kerana ia mampu memberikan banyak kelebihan dalam kehidupan,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

World #QuranHour peringkat Sarawak tahun ini mendapat kerjasama Mydin, Pusat Informasi Islam dan Pustaka Negeri Sarawak.

Beliau yang juga Pengerusi Rumah Ngaji Sarawak turut menyeru masyarakat setempat untuk mewujudkan lebih banyak Rumah Ngaji di negeri ini dalam usaha memartabat­kan al-Quran.

“Masyarakat digalakkan untuk mewujudkan Rumah Ngaji dalam kalangan komuniti mereka supaya aktiviti membaca al-Quran ini dapat diteruskan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari dan setakat ini 25 Rumah Ngaji diwujudkan di negeri ini.

“Agensi kerajaan dan swasta juga boleh turut serta bagi melakukan aktiviti membaca ayat suci di pejabat masing-masing,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program World #Quran Hour di Mydin Mall Vista Tunku, semalam.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai program World #Quran Hour di Mydin Mall Vista Tunku, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia