Harian Metro

Maybank teraju 13 syarikat Malaysia dalam Forbes 2018 Global 2000

-

Maybank menerajui 13 syarikat Malaysia yang termasuk di dalam Forbes 2018 Global 2000 iaitu senarai syarikat terbesar, paling bernilai dan berkuasa di dunia.

Kriteria yang dinilai bagi ranking Forbes 2018 Global 2000 termasuk angka jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran syarikat.

Senarai 2,000 syarikat dunia itu meletakkan Maybank di tempat ke-394, Tenaga Nasional Bhd (503), CIMB Group Holdings Bhd (620), Public Bank Bhd (646), Petronas Chemicals Group Bhd (1,268), RHB Bank Bhd (1,448), Axiata Group Bhd (1,508), Sime Darby Bhd (1,535), Hong Leong Financial Group Bhd (1,568), Sime Darby Plantation Bhd (1,624), Maxis Bhd (1,779), Genting Bhd (1,811) dan AMMB Holdings Bhd (1,911).

Setiap daripada 2,000 syarikat memiliki nilai minimum tertentu untuk layak di dalam senarai berkenaan.

Nilai itu ialah jualan AS$4.47 bilion, keuntungan AS$333.3 juta, aset AS$10.72 bilion dan nilai pasaran AS$6.55 bilion.

Sebuah syarikat perlu layak dalam sekurang-kurangnya satu daripada senarai berkenaan untuk dimasukkan ke dalam ranking akhir Forbes 2018 Global 2000.

Senarai Forbes 2018 Global 2000 edisi ke-16 diterbitka­n oleh Forbes, menyenarai­kan syarikat senaraian awam global daripada 60 syarikat.

Secara terkumpul, syarikat dalam senarai terkini itu mencatatka­n jualan berjumlah AS$39.1 trilion, keuntungan AS$3.2 trilion, aset AS$189 trilion dan nilai pasaran mencecah AS$56.8 trilion.

Semua metrik berkenaan mencatatka­n pertumbuha­n tahunan dua angka dengan keuntungan merekodkan kenaikan memberangs­angkan 28 peratus.

Buat pertama kali sejak 2015, syarikat China dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing mempunyai lima wakil dalam senarai 10 syarikat terbesar dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia