Harian Metro

GHAIB 15 JAM

Lelaki wargaNepal ditahanban­tu siasatan

- lapor Badrul Kamal Zakaria

Rasa syukur dengan deraian air mata gembira mengiringi penemuan

Nur Aisyah Hazmizan, 17 bulan, di dalam semak satu kilometer dari rumah mereka selepas 15 jam hilang. Bayi itu disedari hilang kira-kira jam 5 pagi ketika keluargany­a bangun

bersahur dan mendapati pintu belakang rumah terbuka selain dua telefon bimbit tiada dan mengesyaki

anak keempat keluarga Siti Noorfadila­h Yusofe, 30, itu dilarikan pencuri yang memecah

masuk rumah mereka,

Selepas hampir 15 jam dilarikan individu tidak dikenali selepas rumah mereka di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di sini, dipecah masuk, akhirnya Nur Aisyah Hazmizan, 17 bulan berjaya diselamatk­an pasukan polis.

Nur Aisyah ditemui di kawasan semak berhampira­n pencawang elektrik tidak jauh dari rumah keluargany­a jam 4 petang semalam.

Wakil keluarga, Fah Nur-Aini Syed Mustapha, 36, ketika ditemui di unit kecemasan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) melahirkan rasa syukur dengan penemuan berkenaan dan bayi juga berada dalam keadaan selamat.

Dia turut mengucapka­n terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang turut sama mendoakan keselamata­n Nur Aisyah sejak dari berita mengenai kehilangan­nya disiarkan hingga ditemui.

“Kami juga mengucapka­n jutaan terima kasih kepada PDRM kerana berusaha keras dan bertungkus-lumus mengesan kedudukan serta seterusnya menyelamat­kan Nur Aisyah,” katanya.

Ibu Nur Aisyah, Siti Noorfadila­h Yusofe, 30, menemani bayinya yang masih trauma dan diberi rawatan kerana terdapat banyak gigitan serangga.

Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, Nur Aisyah dilaporkan hilang dan dipercayai dibawa lari individu tidak dikenali yang memecah masuk ke rumah keluargany­a.

Noorfadila­h menyedari anak perempuan bongsunya itu hilang ketika sahur dan mendapati hanya tiga anaknya saja serta suami berada di dalam bilik.

Sebelum itu, ibunya yang bangun lebih awal mendapati pintu belakang rumah mereka terbuka, tetapi tidak mengesyaki apa-apa.

Selepas menyedari Nur Aisyah hilang mereka mencari dan mendapati dua telefon bimbit hilang dan mengesyaki rumah dimasuki pencuri yang turut melarikan bayi itu.

Kisah kehilangan Nur Aisyah menjadi tular dan rakyat Malaysia mendoakan bayi berkenaan berada di dalam keadaan selamat. Polis melakukan siasatan di sekitar kawasan rumah dan turut menggunaka­n unit anjing pengesan K-9 bagi mengesan kedudukan Nur Aisyah.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Aisyah ditemui di kawasan semak ber hamp ir an pencawang elektrik tidak jauh dari rumah kelu ar gan y a.
NUR Aisyah ditemui di kawasan semak ber hamp ir an pencawang elektrik tidak jauh dari rumah kelu ar gan y a.
 ??  ?? SITI Noorfadila­h memeluk erat Nur Aisyah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
SITI Noorfadila­h memeluk erat Nur Aisyah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
 ??  ?? AHLI keluarga bersyukur menyambut Siti Noorfadila­h dan Nur Aisyah di hospital.
AHLI keluarga bersyukur menyambut Siti Noorfadila­h dan Nur Aisyah di hospital.
 ??  ?? KEADAAN Nur Aisyah yang dipenuhi gigitan serangga ketika ditemui, semalam.
KEADAAN Nur Aisyah yang dipenuhi gigitan serangga ketika ditemui, semalam.
 ??  ?? POLIS melakukan siasatan menggunaka­n Unit Anjing Pengesan.
POLIS melakukan siasatan menggunaka­n Unit Anjing Pengesan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia