Harian Metro

Kakitangan KEMAS dikekalkan

-

Banting: Jawatan 17,539 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak dan tetap daripada pelbagai jurusan dan gred dikekalkan, kata Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, setiap kakitangan diminta melaksanak­an tugas hakiki masing-masing terutama guru dengan memberi fokus kepada tugas pengajaran.

“Semua kakitangan Kemas diambil melalui lantikan SPA (Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam), namun kami mendapati 600 daripada mereka aktif dalam politik untuk parti tertentu,” katanya selepas membuat lawatan ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas Kampung Olak Lempit di sini, semalam.

“Sekiranya mereka masih mahu aktif terbabit dalam politik, mereka diberi kata dua sama ada mahu kekal sebagai guru atau melepaskan jawatan itu,” katanya.

Rina berkata, pertemuan dengan semua kakitangan Kemas diadakan selepas Aidilfitri yang antara lain bertujuan untuk memperjela­skan arahan itu.

Dalam pada itu, Rina berkata, silibus baru untuk pendidikan di Tabika Kemas diperkenal­kan tahun depan.

“Kajian pihak luar akan diambil kira dalam penyediaan silibus baru ini yang mana antara lain penggunaan bahasa Inggeris akan diberi penekanan dalam kalangan kanak-kanak Tabika Kemas.

“Pendidikan aliran Sains, Teknologi, Agama, Kejurutera­an, Kesenian dan Matematik juga akan diperkenal­kan melalui pendekatan belajar sambil bermain untuk tujuan pendedahan untuk anak-anak bersedia memasuki Tahun Satu,” katanya. – BERNAMA

 ??  ?? RINA (tengah) beramah mesra dengan anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi.
RINA (tengah) beramah mesra dengan anak yatim dari Rumah Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia