Harian Metro

SUHAKAM JUMPA KASTAM HARI INI

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) hari ini bagi membincang­kan mengenai kes pegawai jabatan itu, Anisah Ali yang terbunuh dalam operasi mencegah penyeludup­an rokok dua tahun lalu.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Subromania­m Tholasy mengesahka­n Komisioner SUHAKAM, Datuk Lok Yim Pheng akan hadir ke pejabat JKDM di Putrajaya bagi tujuan itu.

“Saya tak nak komen apa-apa buat masa ini (berkenaan siasatan kes kematian Anisah). Kastam memandang serius kejadian seperti ini.

“SUHAKAM akan jumpa kami esok (hari ini). Jadi tunggulah nanti kita akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Laporan bersiri disiarkan muka depan akhbar ini sejak kelmarin membongkar kembali kes kematian tragis dua tahun lalu membabitka­n pegawai JKDM Kelantan, Anisah yang dirempuh tonto rokok seludup dalam kejadian di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan.

Ditanya mengenai penambahba­ikan prosedur operasi standard (SOP) dilakukan JKDM bagi melindungi pegawai dan anggotanya ketika terbabit dalam operasi berisiko tinggi beliau berkata, antara langkah dilaksanak­an adalah dengan membeli kenderaan yang lebih lasak.

“Bagi memantapka­n opersi bahagian penguatkua­saan di seluruh negara, 80 kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max Prestige 3.0 diubah suai serta dilengkapi pelbagai peralatan tambahan diperlukan pegawai kastam.

“SOP baru pula, anggota terbabit operasi juga perlu membawa senjata api dan ada lagi beberapa perkara yang kita mantapkan. Berkenaan sindiket penyeludup­an rokok, Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) meminta saya melihat kaedah baru untuk menangani aktiviti itu.

“Dalam masa terdekat ini akan ada pendekatan baru yang diambil. Lebih keras, lebih agresif dan juga pemantapan kawalan di semua pintu masuk negara,” katanya.

Dalam tragedi jam 1.25 pagi 7 Oktober 2016 itu, kenderaan dinaiki Anisah bersama dua rakan sekerjanya di Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan dihimpit sebelum dirempuh kenderaan digunakan tonto yang melindungi sindiket penyeludup­an rokok.

Anak arwah, Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, menganggap kematian ibunya ketika bertugas tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun tragedi berlaku ketika arwah Anisah berjuang untuk negara dengan mencegah aktiviti penyeludup­an rokok.

Afiq mendakwa kes kematian ibunya seolah-olah hendak ditutup pihak tertentu, malah dia memberitah­u ditawar melanjutka­n pengajian tinggi bagi menutup mulut selain pergerakan­nya diekori.

Bagi memantapka­n opersi bahagian penguatkua­saan di seluruh negara, 80 kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max Prestige 3.0 diubah suai serta dilengkapi pelbagai peralatan tambahan diperlukan pegawai kastam”

Subromania­m Tholasy

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 6 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro, 6 Jun lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia