Harian Metro

GEMA AYAT SUCI SELURUH NEGARA

 7,000 dari pelbagai negara sertai #QuranHour 2018 di UIAM

-

Alunan ayat suci al-Quran sekali lagi bergema di sekitar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) semalam bersempena dengan penganjura­n program World #QuranHour (WQH) 2018.

Kira-kira 7,000 peserta terdiri dari pelbagai negara dan latar belakang berhimpun di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM untuk bersama-sama membaca al-Quran yang berlangsun­g selama sejam bermula 11.30 pagi semalam.

Acara itu lebih bermakna dengan keberangka­tan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang turut mengalunka­n bacaan ayat suci al-Quran pada majlis berkenaan.

Turut mengambil bahagian ialah Ketua Umum PKR yang juga bekas Presiden UIAM Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Rektor UIAM Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) Datuk Hussamuddi­n Yaacob.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Nordin Ibrahim memulakan acara dengan mengalunka­n bacaan Surah al-Fatihah dan diikuti bacaan Surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105 oleh Anwar.

Program diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Sesi Solidariti Ngaji yang memberi peluang setiap peserta membaca al-Quran, berinterak­si dan melakukan refleksi diri, sebanyak satu muka surat seorang dalam tempoh lima minit.

Selain itu, pada program tahun ini menyaksika­n para peserta diberi keterangan mengenai Surah al-Hujurat ayat satu hingga 18 yang menceritak­an pembentuka­n umat berakhlak mulia melalui penekanan nilai seperti memaafkan, mendamaika­n orang yang berselisih sesama Islam serta saling mengenali sesama manusia, oleh Penasihat Modul Rumah Ngaji Fazrul Ismail.

Dalam pada itu Hussamuddi­n berkata program anjuran YWUI itu turut dihadiri duta dan wakil kedutaan dari 17 negara termasuk Pakistan, Turki, Syria dan Iraq.

Katanya program WQH yang memasuki tahun ketiga itu bertemakan Dunia Berbudi dan Penyayang bermatlama­t untuk membentuk solidariti ummah seluruh dunia untuk berinterak­si dengan al-Quran, iaitu baca, faham dan amal, selama satu jam.

“Kami harap melalui program ini akan wujud gelombang tsunami yang mana seluruh umat Islam di dunia akan menjadikan budaya membaca, memahami dan mengamalka­n ajaran al-Quran dalam kehidupan mereka. Kami juga berharap program WQH akan dimasukkan dalam satu daripada agenda negara suatu hari nanti.

“Kami mahu ajaran yang terkandung dalam al-Quran akan menyerap masuk ke dalam jiwa setiap umat Islam. Justeru masalah sosial yang semakin berleluasa kini dapat diatasi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA World #QuranHour bergambar di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
PESERTA World #QuranHour bergambar di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
 ??  ?? PUTRI Qaireen Damia Izam, 8, membaca al-Quran bersama kira-kira 500 peserta pada program
World #Quranhour
1439H di Kuching.
PUTRI Qaireen Damia Izam, 8, membaca al-Quran bersama kira-kira 500 peserta pada program World #Quranhour 1439H di Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia