Harian Metro

AZAB DIBALING MERCUN

-

Kota Bharu: Seorang pelajar tingkatan satu hancur empat jari kiri akibat bermain mercun bola dalam kejadian di Kampung Paya Bemban di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, Mohamad Zulhakimi Mohd Hussain, 13, sempat meminta tolong daripada jirannya supaya menghantar dia ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila mangsa tidak sempat melemparka­n mercun bola yang dicucuhnya itu tiba-tiba meletup.

Mohamad Zulhakimi adalah mangsa kedua akibat bermain mercun di negeri ini.

Ibu mangsa, Rosmazili Nek Ismail, 36, berkata, ketika kejadian dia sekeluarga baru selesai berbuka puasa.

“Secara tiba-tiba jiran datang ke rumah memberitah­u Mohamad Zulhakimi cedera selepas bermain mercun bola yang terletak 500 meter dari rumah.

“Sebaik tiba, anak sulung saya itu sudah pun dibawa ke HRPZ II untuk mendapatka­n rawatan.

“Saya kemudian ke hospital untuk melihat keadaannya dan dia sudah menjalani pembedahan bermula jam 10 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, semalam.

Pada Selasa lalu, seorang pelajar tingkatan dua buta mata sebelah kanan dan hancur lima jari kiri serta satu jari telunjuk kanan selepas belerang mercun bola diletakkan dalam botol kaca meletup atas bara api di Kampung Panji di sini.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Zulhakimi cedera parah di tangan akibat bermain mercun.
MOHAMAD Zulhakimi cedera parah di tangan akibat bermain mercun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia