Harian Metro

ISTERI TERBABIT NAHAS KONON!

- Mohd Hilmie Hussin am@hmetro.com.my

Tiga lelaki termasuk suami wanita ditemui mati di bawah kereta Perodua Myvi ditahan bantu siasatan

Tiga lelaki termasuk suami kepada wanita yang ditemui mati di bawah kereta Perodua Myvi di kawasan tambak pasir Pantai Klebang di sini, Isnin lalu sudah ditahan polis untuk siasatan.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil berkata, susulan penahanan mereka itu diyakini kes terbabit dapat diselesaik­an dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, siasatan mendapati kes berkenaan mempunyai kaitan dengan kejadian bunuh sekali gus menolak andaian ia adalah sebagai satu kemalangan.

“Polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sudah mendapat petunjuk dan yakin setiap suspek yang ditahan bagi membantu siasatan dapat membantu menyelesai­kan kes ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, wanita warga Indonesia, Yulianti, 40, ditemui dalam keadaan tersembam di bawah kereta terbabit oleh anggota kastam yang melakukan rondaan dan risikan di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat wanita itu ditemui di kawasan tambak pasir dan tersepit di bawah kereta kira-kira jam 2 petang sebelum dimaklumka­n kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaa­n tidak menemui sebarang pengenalan diri pada mangsa tetapi hasil siasatan terhadap nombor pendaftara­n kereta itu kita memanggil seorang lelaki berusia 47 tahun.

“Melalui soal siasat lelaki itu mengakui mangsa adalah isterinya dan kereta terbabit juga adalah miliknya sebelum dia ditahan untuk diambil keterangan.

“Suami mangsa juga memberitah­u kali terakhir dia bertemu isterinya pada jam 10 pagi hari kejadian,” katanya.

Afzanizar berkata, terdapat satu tikaman pada leher mangsa tetapi bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas dipercayai akibat tersembam pada permukaan pasir.

“Kita percaya, mangsa ditikam di lokasi lain sebelum dibawa ke kawasan terbabit dan ditinggalk­an seolah-olah terbabit kemalangan.

“Susulan rakaman percakapan dengan suami mangsa, kita memanggil dan menahan suspek kedua berusia 48 tahun yang dipercayai menjadi suspek utama dalam kes ini,” katanya.

Menurutnya, suspek adalah pengusaha syarikat kereta sewa, dipercayai menjalin hubungan dengan si mati yang menguruska­n pelbagai perniagaan.

“Tangkapan ketiga yang dibuat semalam (kelmarin) membabitka­n lelaki berusia 43 tahun yang juga pemandu teksi, dipercayai membantu suspek utama melakukan pembunuhan itu.

“Ketiga-tiga suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? MANGSA ditemui
di bawah Myvi.
MANGSA ditemui di bawah Myvi.
 ??  ?? YULIANTI
YULIANTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia