Harian Metro

Bakar teman wanita akibat cemburu

-

Klang: Faktor cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak membakar teman wanita di rumahnya di Andalas di sini, pagi kelmarin.

Perbuatan gila itu menyebabka­n mangsa berusia 24 tahun melecur 60 peratus di bahagian badan sebelum dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 52 tahun, yang melawat mangsa di hospital itu jam 10 pagi kelmarin.

“Mangsa memaklumka­n dia bergaduh dengan teman lelakinya yang berusia 24 tahun ketika berada di rumah lelaki itu di Andalas di sini, sehingga dipukul dengan getah paip di bahagian badan.

“Suspek kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan api menyebabka­n mangsa terbakar,” katanya.

Katanya, mangsa dan juga suspek yang bekerja sebagai mekanik dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Suspek cedera pada kedua-dua tangan akibat kejadian itu dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut ketika menerima rawatan,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat cemburu.

“Berlaku perselisih­an faham antara suspek dengan mangsa yang berpunca daripada perasan cemburu hingga mengakibat­kan mereka bergaduh.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini (semalam) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia