Harian Metro

REBUTAN MI TONGGEK

Resipi ciptaan lima tahun lalu menggunaka­n adunan pelbagai jenis kicap dapat sambutan

- Noorazura Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Mendengar nama mi tonggek pasti ramai tercuit hati namun tarikannya bukan saja pada nama yang agak unik, sajian yang beraroma ini begitu enak rasanya.

Dijual dengan harga RM2 sebungkus, mi dan kuetiau tonggek menjadi rebutan pengunjung hingga habis terjual setiap hari di Bazar Ramadan Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Peniaganya, Marshidah Zainal, 38, berkata mi dan kuetiau tonggek yang dijualnya sangat istimewa apabila dia menggunaka­n adunan pelbagai jenis kicap bagi mencipta kelainan dalam resipi mi itu.

“Saya tidak boleh menggunaka­n sejenis kicap saja, saya perlu mencampurk­an pelbagai jenis kicap untuk menjadikan rasanya lebih sedap.

“Selepas diadun dengan sos dan bawang putih, saya goreng bersama sayur dan beberapa biji telur. Siap digoreng, ia dihidang dalam talam yang dilapik dengan daun pisang bagi menaikkan aroma masakan.

“Saya mencipta resipi ini lima tahun lalu dan mula berniaga di bazar HSB sejak tiga tahun lalu. Ia hanya dijual ketika Ramadan malah ramai yang ternanti-nantikanny­a,” katanya yang menjalanka­n perniagaan makanan ala Thai di pekan Kuala Nerang, dekat sini.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia memilih untuk menjual makanan itu dengan harga murah kerana tidak mahu membebanka­n pelanggan selain menjadikan­nya amalan sedekah di bulan puasa.

Jualannya pula mampu mencecah sehingga RM700 setiap hari.

“Pelanggan saya ramai tetapi untuk menggamit pelanggan yang ramai setiap hari, masakan juga mestilah sedap. Untuk hidangan ditambah telur goreng pula, ia dijual RM3 sebungkus.

“Sejak mula berniaga jam 4 petang, pelanggan tidak putus-putus membeli sehinggala­h waktu kemuncak antara jam 6.30 petang sehingga jam 7.30 malam.

“Memang tak menang tangan. Mujurlah suami saya (Arsamee Laehngeh, 38) membantu menggoreng mi dan kuetiau sepanjang Ramadan ini,” katanya yang tinggal di Taman Mesra, Kuala Nerang.

Marshidah antara usahawan wanita yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

“Saya sangat bersyukur terpilih menyertai program Coca-Cola KU. Gerai saya juga nampak menarik dengan perhiasan daripada produk minuman terkenal ini sekali gus menjadikan saya lebih bersemanga­t untuk memajukan perniagaan di masa hadapan,” katanya.

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan wanita menjelang

2020.

Bagi penganjura­n di Malaysia,

5by20 ialah program Coca-Cola

KU yang memberi sokongan kepada usahawan tempatan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang sewajarnya.

 ??  ?? MARSHIDAH (kanan) melayan pelanggan membeli mi dan kuetiau tonggek di Bazar Ramadan Hospital Sultanah Bahiyah.
MARSHIDAH (kanan) melayan pelanggan membeli mi dan kuetiau tonggek di Bazar Ramadan Hospital Sultanah Bahiyah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia