Harian Metro

‘Masyarakat mula menyokong saya’

-

Kuala Lumpur: “Masyarakat tempatan di Kota Bharu, Kelantan mula menyatakan sokongan mereka terhadap saya. Jutaan terima kasih kepada mereka yang menyokong.

“Jujurnya, saya bukan nak cari publisiti, tetapi hanya mahukan pembelaan sewajarnya terhadap kematian ibu,” kata Afiq Luqman Mohd Baharudin, 24, mengulas perkembang­an terkini mengenai kes pembunuhan ibunya yang juga pegawai kastam, Anisah Ali selepas kembali didedahkan Harian Metro bermula Rabu lalu.

Untuk rekod, kenderaan dinaiki Anisah jenis Isuzu D-MAX dihimpit sebelum dirempuh tonto dikenali Geng Mat Yeh yang melindungi sindiket penyeludup­an rokok di Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan, jam 1.25 pagi pada 7 Oktober 2016.

Rempuhan itu menyebabka­n kenderaan dinaiki Anisah dan dua rakannya terbabas sebelum melanggar pokok. Anisah disahkan meninggal dunia jam 11.50 malam sehari kemudian ketika menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Menurut Afiq, biarpun menyedari risiko keselamata­n terpaksa ditanggung­nya kerana pendedahan itu, dia terpaksa melakukann­ya demi menuntut keadilan buat arwah ibunya.

“Saya bimbang jika diancam kerana kumpulan Mat Yeh bukan saja masih bebas, sebaliknya aktif melindungi kegiatan penyeludup­an rokok. Saya serahkan keselamata­n diri hanya kepada Allah SWT,” katanya.

Afiq berkata, dia turut menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenaliny­a selepas membuat pendedahan di Harian Metro.

Ditanya mengenai maklum balas daripada keluarga susulan pendedahan­nya itu, Afiq berkata, mereka (ahli keluarga) semua memilih untuk berdiam diri.

 ?? Afiq Luqman ?? Jujurnya, saya bukan nak cari publisiti, tetapi hanya mahukan pembelaan sewajarnya terhadap kematian ibu”
Afiq Luqman Jujurnya, saya bukan nak cari publisiti, tetapi hanya mahukan pembelaan sewajarnya terhadap kematian ibu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia