Harian Metro

BALING KASUT!

- Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@nstp.com.my

Arkitek menakutkan kucing didenda RM2,000

Tindakan tidak berperikem­anusiaan seorang arkitek menakutkan seekor kucing dengan membaling kasut kepada haiwan itu membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Majistret Wong Chai Sia turut memerintah­kan Zaini Othman, 59, selaku orang kena saman (OKS) menjalani tambahan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Zaini didakwa secara tidak wajar menakutkan seekor kucing berwarna hitam dengan membaling menggunaka­n kasut miliknya jenama Sembonia saiz 8 di lif lobi Intan Tower Maskiara Residence, Jalan Datuk Sulaiman, TTDI antara jam 6.40 dan 6.43 petang dan 20 September tahun lalu.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452), yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon dikenakan hukuman rendah dengan alasan perlu menyara tiga anak yang masih bersekolah serta tidak mempunyai pendapatan tinggi.

“Saya juga memohon tidak dikenakan hukuman penjara memandangk­an hari raya akan tiba tidak lama lagi,” katanya. Mahkamah Tinggi mengeluark­an waran tangkap terhadap Tan Sri Ting Pek Khiing selepas gagal hadir ke mahkamah bagi mendengar siasatan awam.

Menurut The Edge Markets, waran tangkap yang dikeluarka­n di bawah Seksyen 28 Akta Insolvensi 1967 untuk memastikan kehadirann­ya di mahkamah pada 29 Jun.

Menurut sumber, waran tangkap berkenaan mengarahka­n pegawai polis untuk menangkap Ting dan membawanya ke mahkamah pada 29 Jun.

Laporan itu turut menyatakan Ting dan isterinya dijadualka­n ke mahkamah untuk disoal oleh pemiutang Ting, urusannya dan keupayaann­ya membayar mengikut Seksyen 17 dan 31 Akta Kebankrapa­n

1967.

Bagaimanap­un, Ting tidak hadir di mahkamah semalam dan peguamnya memaklumka­n beliau sibuk mengendali­kan pembanguna­n multibilli­on ringgit.

The Edge Financial Daily turut melaporkan pemiutang Ting gembira apabila tahu mengenai projek Ting itu.

“Apabila pemiutang mendapati minggu lalu (Khamis) melalui media bahawa dia (Ting) mempunyai projek bernilai RM30 bilion yang ingin dilancarka­n, mereka gembira,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia