Harian Metro

JAJA BARANG TERLARANG

- Faris.fuad@nstp.com.my

Cheras

Masih aktif menggunaka­n laman sosial untuk menjual ratusan ekor hidupan liar dilindungi termasuk tengkorak dan taring haiwan.

Itu antara kegiatan licik berjaya dibongkar pihak Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) yang merampas sebanyak 628 ekor pelbagai spesies hidupan liar, 20 unit bahagian hidupan liar dan 30 biji telur hidupan liar sejak 28 Mei lalu.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya menjalanka­n operasi khas Op Taring VI siri ke 6 dalam usaha membentera­s kegiatan penjualan hidupan liar secara haram melalui dalam talian.

Menurutnya, melalui risikan dilakukan, pihaknya melakukan tiga serbuan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Dalam serbuan pertama di Kampung Baru, Bukit Merah, Ipoh, 28 Mei lalu, pihak kami menahan seorang lelaki dan merampas tengkorak dan taring hidupan liar selain ular, Iguana,

Gecko, Tarantula, katak, kala jengking, kura-kura dan labi-labi.

“Semua haiwan itu dijual lelaki terbabit menerusi iklan dalam laman sosial. Pada 4 Jun lalu, seorang lelaki berusia 65 tahun ditahan penguat kuasa PERHILITAN dalam satu serbuan di sebuah premis di Taman Kesuma, Ampang, Selangor.

“Hasilnya kami merampas 385 pelbagai spesies hidupan liar dan 30 biji telur hidupan liar. Antaranya ular, labah-labah, katak, kura-kura dan iguana,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Kadir berkata, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran PERHILITAN.

Pada Rabu lalu, pihak Perhilitan menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di kawasan parkir di Seremban, Negeri Sembilan, atas kesalahan memiliki seekor ungka tangan putih tanpa kebenaran PERHILITAN.

“Susulan itu, pihak kami menemui dua ekor musang pulut di rumah suspek.

Lelaki itu didakwa di Mahkamah Alam Sekitar, Seremban, semalam dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000.

“Jika gagal membayar denda, hukuman penjara akan ditambah sebanyak 10 bulan,” katanya.

Ratusan hidupan liar dirampas melalui

tiga serbuan di tiga negeri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ULAR yang masih hidup antara 628 hidupan liar dirampas.
ULAR yang masih hidup antara 628 hidupan liar dirampas.
 ??  ??
 ??  ?? HIDUPAN liar dipamerkan kepada wartawan.
HIDUPAN liar dipamerkan kepada wartawan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia