Harian Metro

NAMA BARU MISI SAMA

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

 DJ Dave tukar nama YA1M kepada YKAT kekal jaga kebajikan penggiat seni

Seiring perubahan pentadbira­n kerajaan, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah Abdullah atau Dj Dave mengambil keputusan menukar nama yayasan ini kepada nama baru iaitu Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) pada 5 Jun lalu.

Keputusan ini selaras dengan kehendak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggantik­an slogan 1Malaysia dengan slogan baru yang bersesuaia­n.

“Kami masih kekal dengan misi, visi dan agenda menjaga kebajikan artis.

“YKAT akan terus membela nasib anak seni yang terdiri daripada penyanyi, pemuzik dan pelakon tanpa mengira bangsa serta agama terutama artis veteran.

“Kami akan kekal dengan perjuangan untuk sentiasa mendekati, berkongsi masalah susah dan senang banyak pihak agar mereka dapat meneruskan kehidupan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ketika ditubuhkan pada 2012, yayasan sudah membantu lebih 1,000 artis termasuk di Sabah dan Sarawak yang ditimpa kesusahan seperti sakit, kemalangan serta waris artis yang sudah meninggal dunia.

“Besarlah harapan kami agar yayasan ini kekal sebagai gagasan yang sentiasa mengikut peredaran semasa industri seni tanah air.

“Ini memerlukan komitmen semua pihak, bukan hanya golongan artis veteran tetapi juga artis generasi baru.

“Saya tidak mahu ada jurang pemisah antara dua generasi ini kerana jika tiada yang lama, tidak akan ada yang baaru,” katanya.

Dave berkata, YKAT tidak menafikan memerlukan sokongan kerajaan bagi membantu visi dan misi YKAT dalam menyalurka­n bantuan kepada penggiat seni yang memerlukan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia