Harian Metro

JIWA KACAU

- Faris Fuad news@nstp.com.my

Lelaki duduk di hujung tembok cuba terjun dari tingkat empat pasar raya

Gagal mengawal emosi dipercayai menjadi punca seorang pemuda cuba terjun dari tingkat empat sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, seorang lelaki berusia 20-an dilihat duduk di atas tembok di bumbung bangunan berkenaan dalam keadaan termenung.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata, orang ramai terkejut apabila mendapati lelaki itu berada di bahagian hujung tembok tanpa menghirauk­an keadaan sekeliling.

Menurutnya, orang ramai kemudian segera memaklumka­n kejadian itu kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang sebelum sepasukan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian dengan BBP Jalan Hang Tuah.

“Pada masa sama seramai 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi memantau tahap keselamata­n,” katanya.

Dia berkata, anggota bomba kemudian berusaha memujuk lelaki warga tempatan terbabit.

“Lelaki itu akhirnya berjaya dihalang daripada membunuh diri. Berlaku sedikit pergelutan sebelum lelaki itu berjaya ditenangka­n.

“Pemuda itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dia mungkin mengalami tekanan perasaan yang menjadi punca dia cuba membunuh diri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menyelamat­kan seorang lelaki yang ingin membunuh diri dari bahagian hujung tembok bumbung tingkat empat sebuah pasar raya di Ampang, Kuala Lumpur.
ANGGOTA bomba menyelamat­kan seorang lelaki yang ingin membunuh diri dari bahagian hujung tembok bumbung tingkat empat sebuah pasar raya di Ampang, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia