Harian Metro

Kerajaan berusaha tahan Jho Low

-

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berusaha untuk menahan penasihat khas 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low.

“(Kita) cuba untuk menahan Jho Low, tetapi dia tidak berada di dalam negara.

“Dan kita tidak ada hak ekstradisi dengan negara di mana dia berada,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas waran tangkap yang dikeluarka­n terhadap Jho Low dan Pengarah Urusan SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil.

Waran yang dikeluarka­n, kelmarin itu sekali gus menjadikan kedua-dua mereka sebagai ‘individu dikehendak­i’.

“Mereka amat dikehendak­i untuk membantu dalam siasatan 1MDB,” kata sumber terdekat yang mengesahka­n arahan waran tangkap itu.

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, kelmarin turut meminta dua individu berkenaan untuk tampil segera bagi membantu siasatan kes SRC.

Ditanya sama ada beliau mengetahui di negara mana Low berada, Perdana Menteri hanya menjawab

Low berada di banyak negara.

Ditanya atas asas apa yang membolehka­n Low untuk ditahan, Dr Mahathir berkata, ia berkaitan pembabitan individu itu dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Difahamkan, beberapa laporan dipetik berkata, Low berada di pelbagai lokasi di seluruh dunia termasuk Thailand, Hong Kong dan Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia