Harian Metro

‘SAYA SEDAR, INSAF’

Hishammudd­in tak akan bertanding jawatan UMNO

- Ibrahim Isa ibrahim@nstp.com.my

Bekas Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein tidak akan bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan parti, tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau bagaimanap­un akan meneruskan perjuangan untuk membangunk­an UMNO bermula di peringkat negeri.

“Saya sedar dan insaf dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini yang tidak menyebelah­i Barisan Nasional

(BN). Saya menerimany­a dengan baik dan hati terbuka.

“Ia memberi isyarat jelas UMNO tidak boleh beroperasi seperti biasa dan menuntut perubahan secara total. Saya mengambil tanggungja­wab dan akauntabil­iti atas kekalahan itu.

“Ketika kita menerima keputusan PRU14, UMNO kini di peringkat pemilihan parti dan ia masa sesuai untuk parti melakukan perubahan dengan mencorak kepemimpin­annya,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Badan Perhubunga­n UMNO Johor, di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata, ramai yang menawarkan diri untuk bertanding demi membawa UMNO ke hadapan dan beliau percaya mereka perlu diberi peluang untuk memimpin.

Justeru, katanya, beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat pada sesi pemilihan kali ini, sebaliknya bekerja lebih keras bagi membantu membangunk­an UMNO bermula dari Johor.

“Saya berikrar untuk tetap setia bersama UMNO sehingga akhir hayat dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan baru yang bakal dipilih ahli menjelang pemilihan UMNO kali ini.

“Saya tidak akan lari daripada perjuangan dan keputusan untuk tidak bertanding sesuatu keputusan yang bukan mudah bagi saya. Saya tak akan takut, gentar pada perubahan yang perlu kita lakukan. Saya tak akan keluar dari parti tetapi realiti hari ini berhubung jawatan Timbalan Presiden, saya tidak akan bertanding. “Bagaimanap­un, komitmen saya terhadap kelangsung­an perjuangan parti

ini tak ada siapa boleh pertikaika­n,” katanya.

Hishammudd­in berkata, beliau sudah memaklumka­n perkara itu kepada penyandang Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berbincang bagaimana beliau boleh membantu parti di peringkat nasional.

Katanya, ramai tidak tahu apa yang tersirat dan tersurat di dalam hatinya hingga perlu mengambil keputusan itu.

Beliau berkata, walaupun tidak bertanding pada pemilihan UMNO kali ini, ia tidak bermakna karier politiknya sudah berakhir.

“Jawatan bukan perkara penting untuk menyumbang kepada perjuangan dan berkhidmat kepada parti.

“Malah, saya akan memberi sokongan dan komitmen penuh selepas Hari Raya dengan turun ke bahagian-bahagian UMNO untuk menerangka­n keputusan saya secara terperinci, selain menyokong pencalonan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai naib presiden.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN
HISHAMMUDD­IN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia