Harian Metro

‘Saya tahu nama saya naik’

-

Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad bersedia menggalas tanggungja­wab untuk mentadbir Selangor andai terpilih sebagai Menteri Besar.

Begitupun beliau enggan mendabik dada, sebaliknya menyerahka­nnya kepada kebijaksan­aan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dalam menentukan nasibnya sama ada diperkenan atau sebaliknya untuk mengisi ‘kerusi panas’ sebagai Menteri Besar baharu yang ke-16.

“Memang saya tahu nama saya ‘naik’ dan turut diberitahu oleh parti komponen dan parti saya (PKR). Terpulang kepada kebijaksan­aan Sultan Selangor,” katanya dihubungi wartawan NSTP, semalam.

Dr Idris berkata, andai terpilih, pengalaman luas dalam bidang korporat dan profesiona­l akan dijadikan sandaran untuk beliau mentadbir Selangor.

Menurutnya, biarpun sedar tanggungja­wab besar menantinya, beliau yakin untuk menggalas tugas itu.

“Dulu saya seorang ahli korporat dan profesiona­l yang sudah biasa berdepan pelbagai masalah pengurusan. Bagi saya perkara ini datang secara semula jadi dalam menyelesai­kan masalah orang ramai.

“Saya juga yang mengasaska­n Fakulti Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan apabila Hospital Pantai dibangunka­n, saya terbabit sebagai seorang ahli lembaga yang membangunk­an cawangan Hospital Pantai di Semenanjun­g iaitu di Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Ipoh,” katanya.

Menurut Dr Idris, beliau juga seorang daripada ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2008.

“Bidang pengurusan bukan baru bagi saya termasuk pengurusan sumber manusia. Latar belakang saya dari kolej tentera, jadi saya dilatih dengan disiplin yang tinggi, setia kepada negara dan parti serta mengutamak­an integriti,” katanya.

Beliau berkata, bertugas sebagai doktor profesiona­l pula melatih dirinya mempunyai karakter simpati dan mengambil berat terhadap pesakit.

“Apabila pesakit datang jumpa saya, saya kena lihat gambaran menyeluruh, bukan satu benda saja. Kita kena rasa macam mana mereka rasa,” katanya.

 ??  ?? DR Idris
DR Idris

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia