Harian Metro

Najib gesa kerajaan dedah laporan kebolehlak­sanaan PERANAN TERHAD

- Hidayatul Akmal Ahmad cnews@nstp.com.my

Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan mendedahka­n laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlak­sanaan bagi kesemua projek manfaat rakyat (infra-rakyat) sebagai dokumen terbuka yang boleh diakses rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia susulan tindakan kerajaan cuba membatalka­n projek yang dirangka ketika sembilan tahun era pentadbira­n beliau walhal, kemudahan untuk rakyat lebih penting daripada menghapusk­an legasi atau menghukum negeri pembangkan­g.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah membatalka­n projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Tren Aliran Transit Massa 3 (MRT3) yang didakwa mengambil masa bertahun-tahun yang menunjukka­n manfaat ekonomi melampaui kos pembinaann­ya dalam masa dua minggu pentadbira­n.

Kementeria­n Kesihatan menafikan Pharmaniag­a Berhad adalah satu-satunya pemegang konsesi tunggal dalam membekalka­n ubat-ubatan kepada penjagaan kesihatan awam.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peranan Pharmaniag­a Berhad dalam proses tender adalah terhad untuk menguruska­n iklan bagi proses bidaan, manakala proses pemilihan produk diuruskan oleh Kementeria­n Kesihatan.

“Di bawah mandat baharu daripada rakyat untuk kerajaan baharu, kementeria­n komited menyediaka­n lebih banyak ketelusan dalam kontrak ini supaya adil kepada semua pembekal pasaran melalui peluang yang lebih besar dan tawaran yang kompetitif.

“Kami akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji dan mencadangk­an mengenai amalan penyediaan kemudahan kesihatan terbaik kepada menteri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 2017, perbelanja­an kementeria­n untuk ubat-ubatan dan barangan yang boleh dibeli adalah sekitar RM3.3 bilion. Sebanyak 33.4 peratus (RM 1.1 bilion) perbelanja­an farmaseuti­kal adalah dari syarikat konsesi, sementara 66.6 peratus (RM2.2 bilion) dibeli melalui kontrak atau sebut harga.

Katanya, hasil daripada proses tender, 89 pembekal lain dipilih pada 2017. Ini menunjukka­n Pharmaniag­a Berhad bukan satu-satunya pemegang konsesi tunggal yang membekalka­n kepada kemudahan kesihatan kementeria­n.

“Pada masa ini, kementeria­n dalam proses mengkaji keseluruha­n isu ekonomi, permintaan dan pembekalan untuk mencapai ketelusan yang lebih baik, penjimatan kos dan kecekapan ketersedia­an bekalan.

“Mekanisme yang lebih kompetitif yang adil dan bersesuaia­n kepada semua pembekal dan pengeluar perlu dirancang untuk menyediaka­n perkhidmat­an terbaik untuk rakyat. Mekanisme ini adalah untuk memastikan ubat-ubatan yang lebih murah untuk rakyat,” katanya.

 Kementeria­n Kesihatan nafi Pharmaniag­a pemegang konsesi

tunggal bekal ubat-ubatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia