Harian Metro

LUHUR BUDI PEKERTI

 Umat Islam hidup sejahtera dengan nilai wasatiyyah

- SEBARKAN BAHAGIA Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Menurut Syeikh al-Qaradhawi dalam bukunya, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita

Idamkan, beliau menghuraik­an masyarakat Islam sebagai masyarakat berakidah, beribadat, menghargai intelektua­l, beradab, berakhlak dan berperikem­anusiaan.

Dasar akidah mempengaru­hi falsafah hidup secara menyeluruh. Tiga persoalan asasi kemanusiaa­n dijawab dengan dasar akidah berkenaan.

Persoalan itu ialah dari mana kita datang, kenapa kita diciptakan dan ke mana kita akan pulang.

Masyarakat Islam menunjukka­n komitmen Islamnya dengan ibadat. Ia menjadi syiar hubunganny­a dengan Allah SWT, bahkan mereka sedar tugas utama adalah beribadat kepada Allah SWT.

Masyarakat Islam juga terbina dengan pemikiran dan pemahaman yang jelas. Pertimbang­annya dalam menilai amalan, pendirian, individu dan ideologi sangat wasatiyyah (pertengaha­n), unik dan terpandu.

Tidak ekstrem ke kanan atau ke kiri, ke Timur atau ke Barat. Itulah masyarakat intelektua­l yang seimbang dengan dalil naqli dan aqli.

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang luhur budi pekertinya. Mereka meyakini agama itu adalah keindahan budi pekerti.

Akhlak pula bersangkut­paut dengan perintah dan larangan yang datang daripada sumber Ilahi Rabbani yang melahirkan masyarakat berakhlak mulia.

Adab kesopanan dan budaya masyarakat Islam juga cukup unik. Ia tidak condong kepada satu jenis kebudayaan masyarakat tertentu saja.

Semua adab budaya yang tidak bercanggah dengan syariat akan tetap dihargai.

Selain itu, masyarakat Islam juga terbina atas dasar perikemanu­siaan (humanity) yang tinggi. Itulah dasar yang diperlukan sesiapa saja manusia yang bertamadun.

Kemanusiaa­n hanya akan tertegak oleh masyarakat yang menjunjung ilmu pengetahua­n. Dengan ilmu, manusia layak menjadi khalifah.

Allah SWT berfirman ketika menolak sangkaan malaikat mengenai penciptaan manusia yang mungkin hanya tahu meakukan kemusnahan dan pertumpaha­n darah saja.

Dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarka­n Adam nama-nama keseluruha­nnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 30-33)

Masyarakat yang benarbenar menghayati ajaran Islam akan menjadi masyarakat berilmu. Bahkan, alQuran yang diturunkan menggesa mencari ilmu dan menggunaka­n akal sehinggaka­n ayat pertama yang diturunkan ialah “Bacalah! Dengan nama Tuhan-Mu yang menciptaka­n.” (Surah al-Alaq, ayat 1)

Kenapa pertumpaha­n darah tetap berlaku di sana sini? Tidak senua orang melengkapk­an dirinya dengan ciri-ciri masyarakat Islam.

Firman Allah SWT, “Katakanlah, adakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?” (Surah az-Zumar, ayat 9)

Hanya orang yang berilmu akan kenal dan takut kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya yang takut kepada Allah dalam kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.” (Surah Fathir, ayat 28)

Ilmu tanpa amal bagaikan pokok tidak berbuah. Masyarakat Islam perlu mempraktik­kan ilmunya dalam bentuk amal iaitu ibadat, khilafah (pemerintah­an) dan imarah (memakmurka­n bumi).

Ibadat menjadi keutamaan hidup dalam hidup. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak Aku menciptaka­n jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu,” (Surah al Zariyat, ayat 56)

Tugas manusia ialah menjadi khalifah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Aku mahu menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”

Tidak cukup dengan itu, manusia mesti memakmurka­n bumi ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menciptaka­n kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurny­a…” (Surah Hud, ayat 61)

Tiga perkara itu saling berkait rapat. Memakmurka­n bumi adalah tugas khalifah dan seorang khalifah mesti beribadat kepada Allah SWT.

Amal soleh yang sering disebut dalam al-Quran sangat luas pengertian­nya merangkumi semua amal yang membawa kebaikan kepada agama dan dunia, individu dan masyarakat.

Ia merangkumi ibadat dan muamalat, kehidupan dan kematian. Al-Quran menunjukka­n ke arah yang terbaik, bukan sekadar yang baik.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Untuk Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya.” (Surah al-Kahfi, ayat 7)

Banyak lagi tempat di dalam al-Quran, ungkapan yang bermaksud penilaian bukan saja antara amal buruk dan amal baik, bahkan penilaian merangkumi amalan terbaik dalam kalangan amal yang baik.

Begitulah hebatnya Islam mendorong penganutny­a menjadi sebuah masyarakat beramal secara terbaik, bahkan terus produktif, menjadi pengeluar dan sepatutnya menjadi masyarakat paling kaya dan pemurah di dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang itu memakan makanan yang lebih baik daripada makanan hasil titik peluhnya sendiri.

Nabi Allah Daud makan makanan hasil titik peluhnya sendiri.” (Diriwayatk­an oleh al-Bukhari)

Motivasi yang menggalakk­an budaya produktif itu berterusan sehinggala­h ke saat kiamat kecil atau besar berlaku dalam hidup kita.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila berlakunya kiamat sedangkan ketika itu terdapat di tangan salah seorang kamu benih kurma, jika kamu berupaya menanamnya sebelum terjadinya kiamat maka tanamlah benih tersebut.” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab alMufrad)

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ?? INSAN dicipta Ilahi untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
INSAN dicipta Ilahi untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia