Harian Metro

Mualaf tidak perlu qada puasa

-

1. Apakah hukum jika berlaku musafir yang mengharusk­an qasar dan jamak solat bagi mereka yang berpuasa Ramadan atau puasa nazar? Atau dia sampai ke negerinya daripada musafir padahal dia tidak berpuasa?

Tidak harus dia berbuka puasa yang wajib sama ada puasa Ramadan atau puasa nazar jika berlaku dan terpaksa musafir pada harihari berkenaan kerana dalam keadaan biasa dia dikira sebagai orang bermukim.

Adapun orang yang baru sampai di rumahnya daripada musafir yang jauh, jika dia tidak berpuasa adalah disunatkan supaya menahan diri daripada makan

dan minum (imsak).

2. Adakah orang kafir apabila memeluk Islam, kanak-kanak apabila dia menjadi baligh, orang gila apabila kembali siuman dan orang yang luput puasa adakah mereka diwajibkan supaya mengqada semua puasa atau tidak?

Tidak diwajibkan ke atas orang kafir apabila dia memeluk Islam mengqada puasanya bahkan tidak disunatkan.

Berlainan dengan pendapat Syeikh Ramli yang menyatakan, hanya disunatkan qada pada hari dia memeluk Islam saja.

Begitu juga kanak-kanak apabila sudah baligh dan orang gila apabila sudah siuman tidak diwajibkan mengqada puasanya.

Adapun orang yang luput puasanya disebabkan keuzuran seperti perempuan yang didatangi haid atau orang sakit atau orang musafir yang berbuka puasanya, maka wajib mereka mengqada semua puasa yang ditinggalk­an.

3. Orang yang meninggal dunia belum sempat mengqada puasanya sama ada puasa Ramadan atau puasa kifarat.

Adakah wajib dikeluarka­n fidyah sebagai gantinya?

Jika tidak ada kesempatan masa untuk mengqadany­a (sehinggala­h dia meninggal dunia), maka terlepasla­h dia daripada kederhakaa­nnya dan tidak wajib mengqadaka­nnya (dan tidak wajib fidyah) jika luput itu disebabkan keuzuran.

4. Bagaimanak­ah orang yang luput puasanya tanpa sebarang keuzuran padahal dia mempunyai kelapangan masa untuk mengqadaka­nnya tetapi tidak dilakukann­ya (sehinggala­h dia meninggal dunia)?

(Orang yang meninggal dunia dan sengaja tidak mengqada puasanya yang luput) wajib dikeluarka­n daripada harta peninggala­nnya (sebagai fidyah) satu mud (cupak) bagi setiap hari puasa yang dtinggalka­n daripada jenis fitrahnya atau diqada oleh waris terdekatny­a sama ada dia mengizinka­nnya atau tidak.

Atau orang yang merdeka hendaklah dengan izinnya iaitu apabila dia meninggal dunia dan sudah berwasiat supaya diqada puasanya oleh kaum kerabatnya, atau dengan izin daripada kaum kerabatnya supaya diqada oleh orang lain sama ada dengan upah atau secara sukarela.

Sumber:Furu’ AlMasa’il Wa Usul AlWasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia