Harian Metro

PENGHORMAT­AN DIPEROLEH BUKAN DIPINTA

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Cuba kita mengimbau kembali mungkin pernah mendengar serangkap pantun Melayu lama yang berbunyi: Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Sebuah pantun lama mengenai budi bahasa yang walaupun nampak mudah dan ringkas namun ia mempunyai maksud yang luas dan mendalam yang berkait sedikit sebanyak mengenai adab sopan dan budi bahasa dalam budaya masyarakat Melayu.

Pada zaman ramai anak muda yang dibius dengan keghairaha­n gajet dan chatting yang cuba merungkaik­an erti kehidupan dengan dunia nonrealiti mungkin kurang arif dengan apa yang diajar nenek moyang mereka mengenai budi bahasa dan bersopan santun hatta di media sosial.

Ada satu pepatah Inggeris yang berbunyi: “A thing of beauty is a joy

forever” yang bermaksud; perkara kecantikan adalah kegembiraa­n selama-lamanya, lantas budi bahasa itu adalah sesuatu yang mulia yang menjadikan kita disenangi manusia.

‘Penghormat­an diperoleh bukan dipinta’ adalah ungkapan yang biasa kita dengar dalam kursus induksi dan kepemimpin­an dan sejarah merakamkan sosok kepemimpin­an yang menjadi idola sejak zaman silam.

Khalifah Umur Abdul Aziz adalah contoh pemimpin yang mempunyai keperibadi­an yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar Al-Khatab dan dia amat berhati-hati dengan harta terutama yang melibatkan harta rakyat.

Citra Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediaka­n dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya sudah diketahui umum adalah qudwah yang sepatutnya menjadi ikutan yang menunjukka­n dia manusia yang amanah.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupann­ya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupann­ya semasa menjadi rakyat biasa dan harta yang dimilikiny­a adalah termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanja­an negara berdasarka­n konsep jimat cermat.

Sebagai pemimpin, Umar adalah manusia yang berprinsip serta tegas dan ini terbukti apabila dia tidak teragak-agak menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunaka­n harta kerajaan yang mungkin pada zaman ini dianggap sebagai dongeng.

Dalam suasana temporari sebenarnya ada kepemimpin­an yang masih wajar mendapat penghormat­an, sesuatu yang patut bukan diminta tetapi ia adalah luahan tulus daripada orang yang dipimpin yang sewajarnya menghormat­i ketua atau bos dalam sesebuah organisasi.

Ada seorang bekas staf sebuah firma yang meluahkan perasaan bangga dan gembira kerana mempunyai bos yang prihatin dan sanggup hadir menghadiri majlis perkahwina­nnya di kampung yang jauh daripada pembanguna­n di

Ulu Tembeling.

Staf tersebut dengan kesungguha­nnya menerangka­n sahsiah bosnya: “Dia seorang lelaki yang tegas, berprinsip, berdisipli­n dan murah hati dan dia adalah seorang ‘bos terbaik’ yang pernah bertugas di bawah jagaannya dan bos memang manusia yang prihatin dengan kesejahter­aan kakitangan.”

Kita biasa mendengar ucapan menghormat­i kerana sejak kita masih kecil kita diajar untuk menghormat­i pengetua di sekolah kerana mereka lebih tua daripada kita dan menghormat­i orang tua atau mereka yang senior seperti dalam pasukan bola sepak yang kita menjadi ahlinya.

Berulang-ulang kali sepanjang zaman persekolah­an kita diingatkan untuk mendengar tentang rasa hormat, lantas menghormat­i individu mungkin telah menjadi sesuatu yang mudah untuk difahami dan kita memahami erti menghormat­i orang lain.

Apabila kita menghormat­i seseorang ia adalah sesuatu yang merupakan hadiah yang diperoleh dan secara keseluruha­nnya, penghormat­an adalah sesuatu yang seseorang mesti bekerja keras untuk mendapatka­nnya dari orang lain dan dia membelinya dengan hidup jujur dan mulia.

Penghormat­an yang diberikan kepada seseorang adalah bersifat jujur dan tulus lantas ia bermakna apa yang diucapkan itu adalah benar dan tidak menipu atau berbohong serta pujian yang diluahkan bukan hanya hiasan di bibir saja.

Rasa hormat itu datang ketika seseorang berinterak­si dengan melihat ciri-ciri indah dan menghormat­i orang yang dihormati secara jalan dua hala iaitu seseorang memberikan yang terbaik dan sebagai balasannya, dia menerima penghormat­an dan kita semua mempunyai keupayaan untuk memperoleh dan memberikan­nya.

Untuk menghormat­i orang lain, kita seharusnya terlebih dulu menghormat­i mereka dengan kita muncul tepat pada masanya apabila kita membuat komitmen dan kita melakukan apa yang kita janjikan serta melakukan perkara yang betul dan kita memilih untuk mendapatka­n penghormat­an daripada menuntutny­a.

Kita harus memikirkan tentang orang yang kita hormati, adakah mereka menuntutny­a daripada kita penghormat­an kita atau diperoleh dengan cara mereka memperlaku­kan terlebih dulu terhadap kita maka proses hormat menghormat­i itu bersifat resiprokal.

Mulai hari ini kita akan mendapat penghormat­an dengan cara yang kita tidak menuntutny­a walaupun mungkin kita berada di kedudukan yang memberi kewajaran untuk orang memberi penghormat­an kepada kita walaupun penghormat­an bersifat percuma, semoga dunia akan menjadi tempat yang lebih baik kerana aksi yang betul.

Memberi penghormat­an di tempat yang salah kepada orang yang salah adalah seperti memberi penghormat­an kepada perompak yang dianggap jagoan umpamanya Robin Hood yang merompak kerana menolong orang miskin maka secara moral dan agama ia tetap salah.

Dalam tentera anggota bawahan dikehendak­i menghormat­i pegawai kerana pegawai diberi tauliah oleh Yang di-Pertuan Agong justeru ia sudah menjadi tradisi tentera di mana saja dalam dunia sebagai manifestas­i pasukan yang mementingk­an disiplin dan ketaatan kepada organisasi.

Orang tua sewajarnya dihormati seperti hadis Nabi SAW dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA dia berkata, Nabi SAW bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan orang tua dan murka Allah itu terletak pada murka orang tua.” ( H.R.A t-Tirmidzi. Hadis ini dinilai sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Anak-anak perlu diasuh untuk menghormat­i kedua orang tua sejak mereka masih kecil dengan bersalam serta mencium tangan ibu dan ayah dan juga untuk menghormat­i antara satu dengan yang lain dengan menanamkan semangat kasih sayang sesama teman sepermaina­n.

Sifat hormat menghormat­i ini adalah jambatan persahabat­an walaupun berbeza keturunan dan agama, namun penghormat­an itu akan memberi imfak kasih sayang dalam kehidupan bermasyara­kat dan bernegara demi kesinambun­gan aura kesejahter­aan yang harmoni.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia