Harian Metro

100 KESAN CEDERA

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

Suri rumah didapati bersalah bunuh anak kandung dijel 20 tahun

Seorang suri rumah dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan bersubahat menyebabka­n kematian anak kandungnya, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Norfatieha­h Ahmad Rokmar, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman pemenjaraa­n itu berkuatkua­sa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Jun 2017.

Terdahulu, Azman dalam keputusann­ya berkata, tertuduh sebagai ibu kandung sanggup membiarkan anaknya menderita dengan dahsyat dan sesuatu yang tidak berperikem­anusiaan.

“Tertuduh gagal melihat kesan kecederaan lama yang sudah sembuh dan kecederaan baru di seluruh tubuh mangsa dengan memberi alasan teman lelakinya yang memandikan mangsa sedangkan kecederaan pada seluruh tubuhnya.

“Saksi pendakwaan kelapan iaitu seorang doktor dalam keterangan­nya memberitah­u mangsa tidak sedarkan diri sejak jam 2 petang namun hanya dibawa ke hospital pada jam 11 malam dengan pendarahan dan luka di mulut serta bengkak kehitaman di mata yang menunjukka­n pendarahan dalaman.

“Pakar bedah siasat pula mengesahka­n 100 kesan kecederaan parut lama dan baru yang bertindan pada tubuh mangsa dan sebab kematian ialah kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan pembunuhan terhadap kanak-kanak yang berusia lima tahun itu di sebuah rumah di Taman Desa, Brickfield­s pada jam 11 malam, antara 16 Jun 2017 hingga 19 Jun 2017.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 304(a) kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Azeezi Nordin manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Terdahulu, Nik Mohamed Ikhwan memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepada tertuduh atas alasan tertuduh bukanlah pelaku utama dalam kes ini dan ingin pulang ke pangkuan dua lagi anaknya.

Azeezi bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa terlalu lama berada dalam keadaan kesakitan dan hukuman berat harus diberikan kepada tertuduh.

Sepanjang perbicaraa­n kes, pendakwaan memanggil sembilan saksi manakala pihak pembelaan memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia