Harian Metro

9 MULUT UNTUK DIISI

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

Sukar digambarka­n kesulitan yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu tunggal, Rosnah Mat, membesarka­n sembilan anak berusia antara 26 hingga lapan tahun tanpa sumber pendapatan tetap.

Tanpa mengharapk­an bantuan orang lain, Rosnah, 46, gigih mencari rezeki dengan berniaga makanan termasuk kuih-muih selepas kematian suaminya, Musa Pae, akibat penyakit barah paru-paru, ketika berusia 35 tahun.

Namun pendapatan­nya tidak menentu dan kadang kala hasil yang diperolehn­ya tidak mampu menampung perbelanja­an harian.

Berkat kesabarann­ya sepanjang 12 tahun bergelar ibu tunggal, Rosnah kini semakin lega apabila empat anaknya sudah bekerja, seorang sudah berkeluarg­a manakala tiga lagi masih bersekolah.

“Selepas kematian suami 12 tahun lalu, saya berniaga makanan selain menjual kuih-muih namun pendapatan yang pasang surut itu tidak cukup untuk menampung perbelanja­an harian dan bukan mudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal apatah lagi apabila semua anak-anak ketika itu masih bersekolah.

“Selain berniaga makanan, saya juga melakukan pelbagai pekerjaan lain demi memastikan keperluan anak-anak mencukupi. Malah saya rela berlapar, asalkan nasib anak-anak terbela kerana mereka adalah harta dunia dan akhirat,” katanya.

Rosnah adalah antara seorang daripada 594 penerima sumbangan Aidilfitri Lembaga Amanah Kebajikan

Ibu tunggal tabah besar anak

dengan jual kuih-muih

Islam Sarikei (LAKISTRI), di Masjid Al-Mutaqqin di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n sumbangan disempurna­kan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh dan turut dihadiri Residen Bahagian Sarikei, Mohd Junaidi Mohidin.

Kini, Rosnah, yang bekerja sebagai sebagai pembantu rumah mengakui cabaran yang dihadapiny­a itu banyak mengajarny­a erti kesabaran terutama dalam membesar dan mendidik anak-anak.

 ??  ?? ROSNAH dan anaknya, Zetty menunjukka­n sumbangan raya yang diterima daripada LAKISTRI di Sarikei.
ROSNAH dan anaknya, Zetty menunjukka­n sumbangan raya yang diterima daripada LAKISTRI di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia