Harian Metro

KAKI BENGKAK

- Hafizudin Mohd Safar news@nstp.com.my

Seorang penebar roti canai hilang punca pendapatan tetap akibat penyakit yang menyerang kakinya hingga membengkak dan tidak boleh bergerak serta menerima rawatan sejak tiga tahun lalu.

Jalil Deris, 42, berkata, dia menjadi penebar roti canai di beberapa gerai makanan dan pendapatan sederhana diterima setiap bulan digunakan untuk keperluan keluarga, termasuk tiga anak yang masih bersekolah dan menjaga ibu yang lumpuh.

“Hingga kini, saya masih tidak boleh bangun apatah lagi berjalan hingga mengakibat­kan berat badan semakin naik kerana tidak bergerak.

“Ramai yang datang membantu untuk mengubati penyakit kaki yang membengkak dan seperti bernanah di dalam.

“Walaupun kelihatan sudah sihat, namun saya masih berasa sakit dan tidak boleh bangun serta bergerak bebas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Madu, Kampung Salang di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Kariah Masjid Al-Ghuffran Ramli Jusoh dan Pengerusi Prihatin Negeri Perlis Hashimah Ismail yang turut membuat bancian bantuan Ramadan.

Jalil berkata, dia pernah melakukan pekerjaan dari rumah sebagai jurureka kreatif untuk mencari pendapatan alternatif.

Dia pernah mendapat bantuan pembelian komputer melalui Skim 1Azam tetapi rosak dan tidak dibaiki kerana kekurangan modal.

Menurutnya, isterinya, Norhayati Ibrahim, 43, banyak membantu mengambil dan menghantar pesanan pelanggan seperti rekaan baju, cetakan poster dan sepanduk yang ditempah daripada syarikat pembekal lain sebelum komputerny­a rosak.

“Saya sebenarnya malu memberitah­u mengenai kekurangan dan keperluan yang saya alami kerana hanya jiran yang tahu sudi membantu apa yang termampu,” katanya.

Jalil berkata, dia sekeluarga menerima bantuan Baitulmal RM200 setiap bulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui bantuan pendidikan anak RM200 sebulan.

Menurutnya, bantuan terbabit dimasukkan ke dalam akaunnya pada tarikh yang tidak tetap setiap bulan menyebabka­n mereka pernah terputus wang perbelanja­an

Lelaki penebar roti canai hilang punca pendapatan akibat tidak boleh bergerak

harian.

“Situasi ini menyebabka­n saya sekeluarga tidak membuat persiapan Aidilfitri dan cukup sekadar apa yang ada.

“Apa yang penting ketika ini saya berharap ada pihak bermurah hati membaiki komputer yang rosak kerana banyak tempahan terpaksadi­tolak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia