Harian Metro

JIWA HEBAT

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

Bakat menjahit jadi rezeki pasangan OKU

Sejak lebih 20 tahun lalu, suami isteri orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu dari Kampung Bunut Payong di sini mengambil upah menjahit untuk menyara kehidupan mereka.

Kekurangan yang ada tidak menjadi penghalang kepada Wan Razlan Wan Abdullah, 52, dan isterinya, Zawahir Zakaria, 47, untuk berdikari mencari rezeki.

Wan Razlan berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, pelanggan akan mencarinya suami isteri untuk tempahan pakaian raya.

Katanya, biarpun dia dan isteri menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan namun mereka tetap gigih mengambil upah menjahit baju untuk menambah pendapatan keluarga.

“Untuk berkomunik­asi dengan pelanggan, saya dibantu tiga anak yang memahami bahasa isyarat. Alhamdulil­lah, setakat ini, saya tidak pernah gagal memenuhi tempahan pelanggan dan semuanya siap sebelum Syawal tiba.

“Dengan isteri, kami saling melengkapi apabila saya akan memotong dan menjahit pakaian pelanggan, manakala isteri pula membuat sentuhan terakhir termasuk sembat tepi serta menjahit butang baju,

“Pendapatan yang diperoleh juga sedikit lumayan berbanding hari biasa sehingga mencecah RM2,000 dengan sepasang baju Melayu dikenakan bayaran RM90 hingga RM130 manakala baju kurung pula RM40,” katanya.

Sesi temubual itu dibantu anak kedua mereka, Wan Nabilah, 19, di rumahnya di Kampung Bunut Payong, di sini.

Bapa tiga anak itu berkata, sejak kebelakang­an ini kesihatann­ya sedikit terganggu selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut beberapa tahun lalu, namun tempahan daripada pelanggan diambil seperti biasa.

“Pada tahun ini, saya perlu hadkan tempahan kerana bimbang gagal disiapkan sebelum raya,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN Wan Razlan dan Zawahir sibuk menyiapkan tempahan baju pelanggan.
PASANGAN Wan Razlan dan Zawahir sibuk menyiapkan tempahan baju pelanggan.
 ??  ?? WAN Razlan menjahit tempahan baju pelanggann­ya.
WAN Razlan menjahit tempahan baju pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia