Harian Metro

PECAH TABUNG

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

dadah, Selasa lalu.

Ketua Pegawai AADK Daerah Hulu Langat, Muhamad Ramlan Syed Ahamed berkata, lelaki itu bagaimanap­un ditahan di rumahnya di Jalan Reko Sentral, di sini, dalam Operasi Cegah (Op Cegah) dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Langat jam 10 malam kelmarin.

Menurutnya, pihak AADK menerima aduan dibuat ibu penagih terbabit berusia 50-an berhubung tindakan lelaki itu memecahkan tabung milik dua anak lelaki masing-masing berusia 14 dan 15 tahun.

“Menurut ibunya, lelaki itu pernah mengugut ahli keluarga menggunaka­n pisau untuk mendapatka­n wang bagi membeli dadah.

“Terbaru, lelaki itu memecahkan tabung anaknya itu. Wang simpanan itu sepatutnya digunakan untuk membeli kelengkapa­n hari raya Aidilfitri,” katanya, semalam.

Muhamad Ramlan berkata,

 Ibu lapor anak curi duit cucu beli dadah

hasil ujian awal saringan air kencing yang dilakukan, lelaki itu didapati positif dadah jenis heroin.

“Dalam operasi sama, kami turut menahan sembilan individu lain termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 56 tahun yang didapati positif pelbagai jenis dadah.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Hulu Langat untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.

 ??  ?? LELAKI positif dadah ditahan selepas aduan dibuat ibunya berhubung tindakanny­a memecah tabung anaknya.
LELAKI positif dadah ditahan selepas aduan dibuat ibunya berhubung tindakanny­a memecah tabung anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia