Harian Metro

22 JAM BERBALOI

- Yusmizal Dolah Aling cnews@nstp.com.my

 Delegasi MAPIM berjaya jejakkan kaki di bumi Gaza

“Saya tidak dapat menahan sebak dan sangat bersyukur kerana selepas enam tahun mencuba, akhirnya delegasi Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berjaya menjejakka­n kaki sekali lagi di bumi Gaza untuk membantu saudara seagama.

“Kami melalui fasa yang sangat panjang dan memenatkan selama 22 jam dari Kaherah melalui Qantarah dan menaiki feri merentasi Terusan Suez, sebelum tiba di Al Arish dan sempadan Rafah.

“Melalui 22 pos kawalan keselamata­n dengan pengawal bersenjata dan kereta kebal, satu pengalaman yang mengujakan ketika bumi Gaza sedang bergolak, kami sujud syukur sebaik memijak bumi Rafah,” kata Naib Presiden MAPIM Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery.

Dia yang mewakili Malaysia bersama seorang lagi Naib Presiden MAPIM Abdul Aziz Abu Bakar dan Dr Zain Kandar daripada Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MyCARE) berjaya melepasi ‘sekatan masuk’ selepas menempuh perjalanan panjang untuk misi bersejarah itu.

Katanya, mereka berasa amat teruja melihat kesungguha­n dan semangat pejuang Palestin untuk membebaska­n diri daripada cengkaman zionis.

“Seperti yang kita tahu MAPIM antara yang terpilih untuk hantar wakil dalam misi ‘Wake-Up 4 Gaza: Freedom Humanitari­an

Mission,’ pertama kali dalam tempoh 12 tahun.

“Kami juga sudah cuba sejak enam tahun lalu dan perkembang­an ini begitu menggembir­akan aktivis seluruh dunia kerana dapat membantu rakyat Palestin yang ditindas.

“Sepanjang tempoh sekatan, banyak bantuan terkandas. Kami tidak dapat meneruskan usaha menyalurka­n bantuan sudah dilaksanak­an sebelum ini seperti pembinaan sekolah, penempatan dan bantuan perubatan,” katanya.

Ahmad Sani Araby berkata, pihaknya berharap agar kerajaan Mesir membenarka­n lebih ramai banyak badan kemanusiaa­n masuk ke Gasa untuk menghulurk­an bantuan.

“Bagi MAPIM sendiri, kita masih kekurangan dana kira-kira RM1 juta. Sasaran awal ialah RM1.5 juta, kita baru ada RM500,000.

“Mereka yang prihatin boleh menyumbang menerusi online di www.billplz.com/tabungkila­tgaza atau Tabung Dana Bantuan Kecemasan Gaza menerusi akaun Maybank 5628346366­20,” katanya.

Delegasi itu juga menyertai demonstras­i aman Great Return March atau Perarakan Pulang Besar-Besaran, meskipun agak berbahaya kerana dikawal ketat tentera bersenjata dan kereta kebal rejim Zionis.

 ??  ?? ROMBONGAN MAPIM selamat tiba di Gaza.
AHMAD Sani Araby melakukan sujud syukur sebaik memasuki Gaza.
ROMBONGAN MAPIM selamat tiba di Gaza. AHMAD Sani Araby melakukan sujud syukur sebaik memasuki Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia