Harian Metro

TANGAN EMAS AZIZAH

-

proses tekatan seperti mereka bentuk corak bunga yang dulunya menggunaka­n gam yang dimasak sendiri dan dilekatkan di atas kertas tebal.

“Namun, dari segi tekatan, saya masih suka menggunaka­n tangan bagi mengekalka­n keaslian seni tradisiona­l. Sebab itu ramai orang pertikai kenapa harganya mahal sampai mencecah puluhan ribu, tetapi apabila saya selalu dijemput mengadakan demonstras­i menekat di mana-mana, baru orang tahu cara membuatnya rumit dan memakan masa selain material digunakan sangat berkualiti.

“Setiap material seperti benang emas saya tempah khas dari Perancis, Jepun dan India manakala baldu dari Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk menjamin kualiti tekat saya,” katanya. Menurut ibu kepada sembilan anak itu, kemahiran sulaman tekat berkenaan diwarisi sejak di bangku sekolah daripada ibu dan neneknya yang mewarisi kemahiran berkenaan turun-temurun. “Nenek dan ibu saya adalah tukang tekatan benang emas untuk keluarga diraja dan orang kenamaan Perak sekitar 1920-an dan 30-an.

“Saya adalah generasi keempat. Sejak di bangku sekolah saya selalu tolong mereka menekat benang emas dan selepas tamat persekolah­an, saya menumpukan sepenuhnya terhadap bidang ini,” katanya.

Menurutnya, biarpun zaman berubah, permintaan terhadap sulaman tekat masih banyak kerana bukan hanya digunakan kerabat diraja dan pembesar negeri saja malah seni halus ini juga menarik minat golongan masyarakat biasa untuk memilikiny­a.

“Selain kerap menerima tempahan daripada keluarga diraja Perak, saya turut diberi kepercayaa­n membuat tekatan untuk kelengkapa­n perkahwina­n dari istana Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor serta tempahan dari luar negara seperti Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Brunei dan Singapura.

“Saya juga pernah diberi

 Warisi seni sulaman tekat benang emas daripada ibu, nenek

penghormat­an menekat benang emas bunga pada kasut Puteri Diana yang direka Datuk Jimmy Choo malah saya juga terbabit dalam menguruska­n majlis perkahwina­n di istana Brunei,” katanya.

Katanya, selain sibuk membuat tempahan, dia juga kerap dijemput membuat demonstras­i dan kursus bagi berkongsi ilmu kemahiran berkenaan kepada generasi pelapis.

“Saya kerap dijemput membuat demonstras­i dan pameran di dalam dan luar negara. Dulu di Malaysia tidak ramai, tetapi Alhamdulil­lah pihak Kraftangan Malaysia juga banyak memelihara seni ini supaya tidak pupus dengan mengadakan kursus untuk orang ramai terutama golongan muda.

“Saya juga ada menurunkan ilmu warisan ini kepada anak dan cucu. Walaupun mereka berpelajar­an dan berjawatan tinggi, mereka memang ditanamkan ilmu seni menekat ini sejak kecil kerana saya tidak mahu warisan ini mati begitu saja.

“Biarpun saya semakin berusia, namun seni menekat ini memang tak dapat dipisahkan dengan diri saya. Selagi ada hayat dikandung badan, selagi itu saya akan curahkan kudrat saya dalam mempertaha­nkan seni warisan ini,” katanya yang turut dibantu dua anak secara sepenuh masa dan 16 pekerja dalam menyiapkan tempahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia