Harian Metro

Polis siasat banduan maut cirit birit

-

Kuantan: Polis negeri ini menyiasat kematian seorang banduan berusia 24 tahun di Penjara Bentong pada 6 Jun lalu, yang dipercayai mengalami cirit birit kronik akibat jangkitan kuman dalam usus

Ketua Polis negeri Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, M Mariappan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Mempaga, Bentong ketika dibawa menerima rawatan kira-kira jam 12.40 tengah malam, 6 Jun lalu.

Beliau berkata, Mariappan yang berasal dari Jerantut dipenjarak­an pada 18 April lalu kerana kesalahan pecah rumah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dijangka dibebaskan pada tahun depan.

Katanya, walaupun kes itu diklasifik­asikan mangsa mati mengejut, namun pihaknya akan membuat siasatan termasuk menghantar pegawai ke penjara berkenaan.

“Pegawai kita akan melakukan siasatan terperinci dalam sel yang diduduki mangsa untuk memeriksa dan mendapatka­n keterangan daripada warden serta pegawai di penjara berkenaan. Ini termasuk juga berapa lama mangsa sakit termasuk jika ada banduan lain yang turut mengalami sindrom sama.

“Berdasarka­n laporan pihak penjara, mendiang dikatakan mengalami sakit perut dan menerima rawatan di klinik penjara pada 5 Jun lalu, namun mengadu masih berasa sakit.

“Pada 6 Jun lalu, mendiang mengalami sesak nafas menyebabka­n dia dibawa ke Klinik kesihatan Mempaga untuk rawatan, namun meninggal dunia di situ dan mayatnya dihantar ke unit forensik Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya.

 ?? Rosli ?? Mendiang dikatakan mengalami sakit perut dan menerima rawatan di klinik penjara pada 5 Jun lalu”
Rosli Mendiang dikatakan mengalami sakit perut dan menerima rawatan di klinik penjara pada 5 Jun lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia