Harian Metro

KENA CIPLAK

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

Pengusaha Afina Beauty lapor polis individu guna nama jual produk tiruan

Seorang pengusaha produk kosmetik membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, selepas mengesan individu menyamar sebagai dirinya untuk menjual produk tiruan.

Pengusaha produk kecantikan Afina Beauty Secret, Yus Afina Mohd Zawizah, 26, berkata, tindakan individu berkenaan dikesan selepas dia menerima aduan daripada pengguna yang membeli produk tiruan berkenaan, baru-baru ini.

Yus Afina berkata, mangsa mendakwa kulitnya menjadi kemerah-merahan dan mengelupas selepas menggunaka­n produk kecantikan dipasarkan di bawah jenama miliknya.

“Pengguna terbabit mendakwa dia membeli produk kecantikan itu menerusi Facebook (FB), namun kulitnya mengalami alahan tidak lama kemudian.

“Selepas diperiksa kami mendapati mangsa sebenarnya terbeli produk tiruan. Namun kotak bungkusan produk itu tertera nombor telefon dan nama syarikat saya.

“Saya juga dimaklumka­n ada pihak tidak bertanggun­gjawab menggunaka­n gambar serta maklumat peribadi syarikat saya di FB dan ia dipercayai untuk tujuan menjual produk tiruan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, susulan aduan diterima, dia membuat laporan polis kerana tidak mahu bertanggun­gjawab terhadap sebarang kesulitan atau tindakan daripada mana-mana pihak yang menjadi mangsa.

“Laporan berkenaan turut diserahkan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) bagi tindakan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia