Harian Metro

Lelaki bawa lari kereta pak cik

-

Niat baik warga emas membantu seorang lelaki disyaki bekas banduan menerima padah apabila kereta Perodua Vivanya dilarikan di stesen minyak di Kampung Kor, Kadok di sini, pagi kelmarin.

Sebelum kejadian mangsa berusia 69 tahun yang juga kontraktor memandu kereta bersendiri­an melalui depan Penjara Pengkalan Chepa, di sini, jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, ketika itu keretanya ditahan lelaki tidak dikenali untuk menumpangk­annya.

Katanya, suspek yang memberitah­u baru keluar dari penjara hendak ke Balai Polis Kok Lanas, di sini, untuk mengambil beg duitnya.

“Mangsa meneruskan perjalanan sebelum berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di kampung berkenaan tanpa mematikan enjin.

“Apabila selesai membuat bayaran mangsa mendapati lelaki itu melarikan diri bersama keretanya.

“Berikutan kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri, di sini,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau terserempa­k dengan kereta Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftara­n DBT 192 diminta menghubung­i balai polis berdekatan.

“Berdasarka­n fizikalnya, suspek berkulit sawo matang, raut wajahnya bujur serta kurus.

“Kita juga masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kes berkenaan seperti yang didakwa mangsa bahawa suspek baru keluar dari penjara, selain mendapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia