Harian Metro

Cari jalan bantu 74 pekerja kilang

-

Kerajaan negeri akan minta Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mengenal pasti sektor pekerjaan bersesuaia­n untuk diisi 74 pekerja kilang yang diberhenti­kan kerja susulan penutupan operasi sebuah syarikat di negeri itu.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, pihaknya turut bersyukur kerana PERKESO menyediaka­n Bantuan Skim Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM600 sebulan kepada bekas pekerja yang kehilangan sumber pendapatan itu.

Menurutnya, pemberian bantuan segera itu diyakini mampu meringanka­n beban bekas pekerja kilang terbabit yang kehilangan sumber pendapatan terutama menjelang Aidilfitri.

“Melalui skim bantuan ini, RM600 sebulan diberikan PERKESO selama tiga bulan untuk membela nasib bekas pekerja yang kehilangan pekerjaan ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita turut mengumpulk­an maklumat mereka supaya selepas Syawal ini menerima maklum balas serta menyelesai­kan masalah kehilangan pekerjaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek PERKESO kepada 74 bekas pekerja kilang itu di Seri Bendahara di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah PERKESO negeri Fadhilah Hamil.

Sementara itu, Adly berkata, program ‘Hari Bertemu Rakyat’ yang diadakan setiap Jumaat adalah medan terbaik untuk kerajaan negeri mendengar secara langsung permasalah­an rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia