Harian Metro

NILAI POTENSI

- Ooi Tee Ching bisnes@nstp.com.my

 SD Property, Kerajaan Persekutua­n, negeri bincang tentukan masa depan Lembah Wawasan Malaysia

Sime Darby Property Bhd (SD Property) berbincang dengan Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri untuk menentukan masa depan Lembah

Kuala Lumpur: Wawasan

(MVV).

Pada minggu lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru dilantik, Aminuddin Harun dan ahli majlis eksekutif negeri lain mengumumka­n bahawa mereka akan membincang­kan projek MVV dengan Kabinet Persekutua­n sebelum membuat keputusan.

Pengarah Urusan SD Property Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, Memorandum Persefaham­an (MoU) yang dimeterai pada Mei 2017 dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan)

Malaysia dan Brunsfield Developmen­t Sdn Bhd sudah tamat akhir tahun lalu.

“Jadi, kami ingin mendapatka­n kelulusan baru mengenai MVV kerana inisiatif awam-swasta dengan KWAP dan Brunsfield tamat,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa SD Property di sini, malam tadi.

“Awal minggu ini, kami bertemu dengan Menteri Besar, Aminuddin Harun dan maklum balas memberangs­angkan kerana MVV adalah pemacu bagi Negeri Sembilan.

“Kami akan bertemu dengan Kerajaan Persekutua­n, terutamany­a mengenai kelulusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan pengangkut­an.

“Pada peringkat ini, adalah masih awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai projek MVV,” katanya.

Tiga tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentang­kan Bajet 2016 mengumumka­n pembanguna­n MVV, lembah pembanguna­n ekonomi bersepadu meliputi bahagian barat Negeri Sembilan dan selatan Selangor.

Dengan kawasan cadangan 130,000 ekar atau kira-kira 75 peratus saiz Singapura, pembanguna­n itu merangkumi kawasan bandar seperti Nilai, Seremban dan Port Dickson.

Projek 30 tahun itu dijangka menarik kira-kira RM290 bilion pelaburan, mewujudkan 1.38 juta pekerjaan baru dan menjana antara 6.2 peratus hingga 7.3 peratus pertumbuha­n ekonomi tahunan.

Projek MVV termasuk pembanguna­n lima kluster strategik iaitu Lembah Pendidikan-Teknologi, Pelanconga­n dan Kesihatan, perbandara­n baru, daerah perniagaan pusat dan bandar alam semula jadi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia