Harian Metro

Positif lepasi sasaran jualan RM1.8 bilion

-

Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) yakin mampu melepasi sasaran jualan sebanyak RM1.8 bilion pada tahun ini berikutan jualan yang kukuh bagi dua projek barunya iaitu M Centura di Cheras dan M Vertica di Sentul.

Selain itu, pelancaran Desire Campaign yang membabitka­n jualan rumah dan ruang komersial di seluruh negara juga dijangka menjadi penyumbang kepada jualan lebih kukuh tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, jualan daripada kempen yang disasarkan kepada individu yang mencari rumah yang sedia untuk diduduki dan ruang kerja itu dijangka terus meningkatk­an keuntungan dan aliran tunai syarikat.

Menurutnya, terdapat permintaan terhadap rumah yang lengkap di mana kempen ini menyediaka­n pakej pembiayaan pemilikan mudah dengan deposit lebih rendah.

“Melalui pelbagai lagi ciri menarik, kami yakin kempen ini akan memacu jualan, sekali gus melebihi sasaran jualan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada masa sama, Mah Sing mencatatka­n keuntungan bersih kepada RM64.2 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac lalu berbanding RM90.4 juta yang dicatatkan bagi tempoh masa sama tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan itu disebabkan kemajuan kerja yang perlahan ketika musim perayaan, ditambah dengan lebih banyak projek yang memberi fokus kepada produk mampu milik di samping terdapat pembinaan yang masih di peringkat awal.

 ??  ?? LEONG
LEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia