Harian Metro

Jualan OPUS cecah 92 peratus

-

Bina Puri Properties Sdn Bhd menyasarka­n untuk menjual sepenuhnya unit apartmen servis mewahnya, OPUS menjelang separuh kedua tahun ini.

Pengarah Eksekutifn­ya, Datuk Matthew Tee berkata, pada masa ini jualan bagi unit apartmen berkenaan sudah mencecah 92 peratus.

“Daripada jumlah itu, 62 peratus pembeli adalah warga tempatan, 15 peratus dari Hong Kong dan baki 15 peratus (China).

“Kami kini sedang membuat semakan peningkata­n harga terhadap 25 unit terakhir yang masih belum dijual.

“Ia berikutan kemajuan yang baik dalam projek pembinaan Menara 118 setinggi 118 tingkat milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan OPUS adalah satu-satunya projek yang paling hampir dengan menara berkenaan.

“Kami juga yakin dengan permintaan kukuh bagi baki

unit yang tinggal memandangk­an jualan dilihat meningkat sejak awal tahun ini berikutan orang ramai mula menyedari potensi kawasan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyempurn­aan struktur binaan bangunan apartmen berkenaan, di sini.

Nilai pembanguna­n kasar bagi OPUS meningkat dari RM360 juta kepada RM430 juta sejak ia mula dibina pada Jun 2015.

Projek yang terletak di Jalan Maharajale­la itu merangkumi pembinaan dua menara kediaman setinggi 32 tingkat dengan jumlah keseluruha­n 357 unit.

Antara kemudahan yang disediakan di projek berkenaan termasukla­h sistem keselamata­n, kolam renang, jakuzi, sauna dan gimnasium.

 ??  ?? MATTHEW (tiga dari kanan) melihat kawasan di sekitar tapak projek selepas pelancaran OPUS.
MATTHEW (tiga dari kanan) melihat kawasan di sekitar tapak projek selepas pelancaran OPUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia