Harian Metro

Kerjaya Prospek optimis capai sasaran tempahan RM1 bilion

-

Kerjaya Prospek Group

Bhd (Kerjaya Prospek), yakin dapat mencapai sasaran tempahan berjumlah RM1 bilion menjelang hujung tahun ini bersandark­an kepada pelbagai projek pembinaan yang dibidanya.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Tee Eng Ho berkata, setakat ini syarikat berjaya meraih kontrak bernilai RM357.3 juta daripada BBCC Developmen­t Sdn Bhd (BBCC) bagi cadangan pembanguna­n bercampur di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya yakin dapat memperoleh lebih banyak kontrak pada separuh kedua tahun ini berdasarka­n rekod prestasi syarikat sebelum ini.

“Kami yakin untuk mendapat projek yang lebih besar dalam masa terdekat pada tahun ini, sekali gus mencapai sasaran RM1 bilion tempahan memandangk­an syarikat hanya memfokus kepada projek swasta.

“Setakat ini kami akan terus membida projek pembinaan dan akan umumkan apabila memperoleh­nya. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi dengan lebih lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu di sini, semalam.

Setakat ini, terdapat 24 projek sedang dilaksanak­an dengan jumlah tempahan terkumpul mencecah RM3.05 bilion pada 31 Mac tahun ini yang mana akan memacu pendapatan bagi tempoh tiga tahun.

Tee berkata, tempahan terkumpul itu kebanyakan­nya membabitka­n projek yang dianugerah­kan oleh syarikat pemaju premium tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia