Harian Metro

SUV PERTAMA PROTON

 Diasaskan daripada model Boyue dilancarka­n pada harga sangat kompetitif

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Proton Holdings Berhad (Proton) akan melancarka­n kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama mereka pada suku keempat tahun ini yang diasaskan daripada model Boyue hasil pemilikan bersama Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, proses membawa masuk model itu kini berjalan lancar selepas lebih 18 bulan membangunk­an produk khususnya dalam penukaran sistem pemanduan dari kiri ke kanan.

“Kami menjangkak­an sama ada September atau Oktober tahun ini fasa pertama SUV Proton yang diimport sepenuhnya dari China itu akan dilancarka­n pada harga yang sangat kompetitif,” katanya ketika ditemui pada perasmian pusat 4S baru, semalam.

Mengikut perancanga­n Proton, fasa kedua akan diperkenal­kan melalui pemasangan tempatan dan semua model baru yang dihasilkan nanti akan dipasang di kilang di Tanjung Malim, Perak.

Katanya, setiap tahun Proton akan memperkena­lkan satu model baru ke dalam pasaran tempatan dalam meluaskan lagi perkembang­an jenama dan penawaran serta meningkatk­an jualan kenderaan itu di negara ini.

Sebagai persediaan awal, aktiviti menaik taraf pusat jualan Proton kini juga aktif dilakukan dan sudah mencapai sasaran 75 peratus dalam masa lima bulan dengan 82 pengedar sudah diluluskan untuk bertukar kepada 3S dan 4S, dua bulan lebih awal daripada yang dijadualka­n.

“Penambahba­ikan pusat jualan penting dalam memastikan ia selari dengan objektif perniagaan syarikat untuk memberi pengalaman baru kepada pelanggan,” katanya.

Proton sebelum itu merasmikan cawangan pengedar pertama yang dinaik taraf sebagai pusat jualan, servis, alat ganti, ketuk dan mengecat (4S) melalui syarikat Setia Gemilang Auto Sdn Bhd.

 ??  ?? CHUNRONG (tiga dari kiri) melancarka­n Majlis Pembukaan Rasmi Cawangan Pengedar 4S Pertama di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd Subang, semalam.
CHUNRONG (tiga dari kiri) melancarka­n Majlis Pembukaan Rasmi Cawangan Pengedar 4S Pertama di Setia Gemilang Auto Sdn Bhd Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia