Harian Metro

Kadar sifar GST beri manfaat kepada pengguna

-

Kuala Lumpur: Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar dan tempoh kelepasan cukai dijangka memberi manfaat kepada pengguna kerana mengurangk­an premium insurans, sekali gus meningkatk­an jumlah pemegang polisi.

GST berkadar sifar bermula awal Jun lalu menandakan tempoh pelepasan cukai selama tiga bulan sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) diperkenal­kan pada September ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Malaysia Takaful Bhd, Raymond Lew berkata, kadar sifar GST dan pelepasan cukai akan memberi lebih banyak manfaat kepada pengguna.

“Ia boleh menjadi insentif untuk mendorong pengguna membeli insurans. Mereka patut mengambil kesempatan ini (untuk mengambil insurans),” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian bancatakaf­ul selama 10 tahun dengan Al Rajhi Bank Malaysia.

Sebelum ini, pelaksanaa­n GST terhadap produk insurans yang dikenakan cukai menyebabka­n peningkata­n harga premium.

Penyedia insurans perlu mengenakan GST untuk penyediaan perlindung­an insurans bukan hayat termasuk insurans, insurans perubatan dan kesihatan dan insurans penyakit kritikal tertentu dan insurans hilang upaya kekal.

Bagaimanap­un, polisi insurans hayat antara yang dikecualik­an daripada GST menyebabka­n premium dibayar pengguna tidak tertakluk kepada cukai itu.

Sementara itu, Sun Life dengan kerjasama Al Rajhi menjangkak­an memperoleh premium bertulis kasar (GWP) RM3.5 juta menjelang akhir tahun ini.

Mereka menandatan­gani perjanjian eksklusif bancatakaf­ul 10 tahun yang akan menyaksika­n Sun Life sebagai pengedar tunggal produk dan perkhidmat­an Takaful Keluarga kepada 150,000 pelanggan Al Rajhi di seluruh negara.

Pada masa sama, Sun Life dan Al Rajhi akan memperkena­lkan produk terbaru mereka, Sinar Ri’ayah, perlindung­an terhadap kemudahan kredit yang diberikan bank ke pasaran.

Kedua-dua syarikat mempunyai dua produk bersama di pasaran, termasuk Pelan Kesihatan Sinar, satu pelan perubatan yang memberi faedah hospital dan kesihatan, dan Sinar Baraqah, pelan simpanan takaful sejagat dengan tumpuan membantu pelanggan menyimpan untuk haji serta memberi perlindung­an yang relevan.

Mengulas lanjut, Raymond berkata, sejak memasuki industri insurans Malaysia pada 2013, Sun Life menumpukan pada usaha mengembang­kan perniagaan teras bancatakaf­ulnya menerusi perkongsia­n eksklusif.

 ??  ?? RAYMOND (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank Malaysia, Steve Chen pada majlis menandatan­gani perkongsia­n bancatakaf­ul antara Sun Life Malaysia dan Al Rajhi Bank Malaysia.
RAYMOND (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank Malaysia, Steve Chen pada majlis menandatan­gani perkongsia­n bancatakaf­ul antara Sun Life Malaysia dan Al Rajhi Bank Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia