Harian Metro

‘TERUK KALAH HAIWAN’

- Daily Mail

Seorang ibu dipenjara seumur hidup, manakala teman lelakinya dihukum mati kerana menyeksa dan mendera anak lelakinya berusia lapan tahun semata-mata menuduh kanak-kanak itu gay.

Pearl Fernandez, 34, dan Isauro Aguirre, 37, dijatuhkan hukuman itu kelmarin kerana menyebabka­n kematian Gabriel pada Mei 2013.

Mangsa diseksa selama beberapa bulan oleh pasangan itu di rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan mengunciny­a di dalam kabinet dan memukul dengan kayu serta menembakny­a menggunaka­n pistol angin.

Dia dikejarkan ke hospital pada 23 Mei 2013 kerana berhenti bernafas sebelum doktor menemui pelet peluru tertanam pada paru-parunya. Mangsa turut mengalami keretakan pada tengkorakn­ya.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, George Lomeli menyifatka­n kes perbuatan pasangan kekasih itu lebih teruk daripada haiwan.

“Haiwan pun tahu bagaimana menjaga anak mereka. Memang dalam 20 tahun kerjaya saya, ini kes paling teruk pernah dilihat saya.

“Saya harap kamu berdua tidak nyenyak tidur pada waktu malam. Biar kamu terjaga dan dihantui dengan

 Ibu, kekasih seksa mati anak diselar hakim ketika dihukum

perbuatan kejam kamu ini. Fikirkan, kecederaan dilakukan kepada kanak-kanak yang cuma berusia tujuh tahun ini.

“Biar kamu terus terseksa dengan ingatan itu,” katanya.

Ketika perbicaraa­n, pendakwa raya memberitah­u, pasangan itu memaksa Gabriel tidur dengan menutup mata menggunkan kain di dalam kabinet selain memaksanya memakan najis.

Katanya, mereka mendera kanak-kanak itu kerana menuduhnya gay.

Sementara itu, dalam kenyataan yang disediakan, ibu mangsa berkata kepada mahkamah: “Setiap hari saya berharap saya membuat pilihan terbaik. Saya harap saya boleh menyelamat­kan Gabriel.”

 ??  ?? AGUIRRE (kiri) dan Pearl (kanan) di mahkamah. - Agensi
AGUIRRE (kiri) dan Pearl (kanan) di mahkamah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia