Harian Metro

Bayi ajaib hidup ditanam lapan jam

-

Sao Paulo: Seorang bayi perempuan dijumpai selamat selepas lapan jam ditanam hidup-hidup oleh keluargany­a di Brazil.

Daily Mail melaporkan, keluarga terbabit dari puak orang asli Brazil menyangka bayi itu sudah meninggal dunia lalu mengebumik­annya.

Bagaimanap­un, pihak berkuasa menyiasat kelahiran berkenaan selepas dihubungi seorang jururawat yang mendapat tahu bayi itu ditanam sejurus kelahirann­ya, Selasa lalu, di Taman Negara Xingu di negeri Mato Grosso.

Dalam rakaman video disiarkan polis, dua anggota dilihat melutut di sebelah lubang dan menyuluhka­n lampu untuk melihat ke dalamnya sebelum terkejut mendengar bayi itu merengek.

Rakaman itu menunjukka­n anggota terbabit pantas mengorek pasir keluar dari lubang cetek sedalam kira-kira 50 sentimeter pada waktu malam, kemudian menarik bayi bogel yang diselaputi lumpur, dengan tali pusatnya masih ada.

Sementara itu, AFP melaporkan moyang perempuan bayi itu dari puak Kamaruya, ditahan, kata pendakwa Paulo Roberto do Prado.

“Kami menyiasat sama ada ini adalah cubaan membunuh bayi atau dia menyangka bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

“Walaupun ditanam selama lapan jam, maklumat yang kami peroleh mengatakan bayi itu sihat,” katanya.

Bayi itu dibawa ke Cuiaba, ibu negeri Mato Grosso, kelmarin dan diletakkan dalam unit rawatan rapi neonatal.

Keluargany­a memberitah­u polis bayi berkenaan jatuh selepas dilahirkan dalam bilik air.

Namun, polis mengesyaki mereka cuba menyembuny­ikan perkara sebenar.

“Disebabkan bapanya enggan mengaku bayi itu anaknya dan ibu pula baru berusia 15 tahun, mereka disyaki cuba membunuh bayi itu,” kata polis. - Daily Mail

 ??  ?? BAYI masih bernafas
selepas ditanam lapan jam. - Agensi
BAYI masih bernafas selepas ditanam lapan jam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia